25 April 2015

PERUBAHAN PELAKSANAAN ‘MOCK TEST 2’ PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR DAERAH HILIR PERAK 2015

 25/04/2015

Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak
(seperti senarai lampiran)

Tuan,
Dengan hormatnya, dimaklumkan perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Dukacita dimaklumkan bahawa ‘mock test’ 2 perlu dilaksanakan pada 28 April 2015 hingga 30 April 2015 yang dianjakkan satu hari dari tarikh asal. Ini kerana penerimaan naskah ujian tersebut yang lewat tiba ke PPD dan naskah ujian yang tidak mencukupi. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan tersebut.

Sehubungan dengan itu, tuan/wakil tuan dikehendaki hadir untuk mengambil naskah ‘mock test 2’ yang belum diterima sebelumnya pada tarikh berikut:

           Tarikh    : 27 April 2015 (Isnin)
           Masa      : 8.00 pagi -  1.00 petang
           Tempat  : Dewan Alamanda , PPD Hilir Perak

Bersama-sama ini disertakan jadual pelaksanaan ujian yang terkini dan surat kuasa pelan tindakan mock test untuk tindakan dan perhatian pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi. Puan Norshamsiah bt. Hassan Basri, Penolong PPD Kurikulum Bahasa di talian 012-4340753.

Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
                                                            
Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN :
1. Senarai Sekolah terlibat
2. Surat MockTest SK
3. Jadual MockTest2