PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

PROGRAM PENDIDIKAN

AKAR 3.0 DAN i-THINK

DASAR KUALITI

PPD HILIR PERAK

FAEDAH BERSAMA

Sila rujuk portal Jabatan Pendidikan Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

Showing posts with label MAKLUMAN UMUM. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAN UMUM. Show all posts

15 October 2015

TAHNIAH DAN SYABAS : TUAN HAJI SULAIMAN BIN HAJI SAMSUDIN


Kami warga pendidikan daerah Hilir Perak mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Samsudin atas pelantikan sebagai Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak ke-17 berkuatkuasa 1 Oktober 2015. Pelantikan tuan ibarat sireh pulang ke gagang.

3 August 2015

LIRIK LAGU PERAK EXCELLENT


20 May 2015

PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU 2015

18/05/2015

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU 2015

Sukacita dimaklumkan, Perutusan Hari Guru Oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia boleh dimuat turun di website Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak di http://jpnperak.moe.gov.my/hariguru2015/ . Klik pada menu Perutusan Hari Guru untuk memuat turun perutusan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

28 April 2015

PENGAMBILAN GAMBAR RASMI PENGARAH PENDIDIKAN PERAK

28/04/2015

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Untuk makluman tuan, gambar rasmi Pengarah Pendidikan Perak Tn. Hj. Rozi B. Puteh Ismail  telah disediakan untuk semua sekolah. Mohon tuan mengambil gambar tersebut di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak mulai 28 Februari 2015 (Selasa). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Ridzuan b. Saad (PPD Perhubungan) di talian 012-2348428.

Sekian, terima kasih.

27 April 2015

PENGAMBILAN GAMBAR PENERIMA APC PENDIDIKAN 2014

27/04/2015
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Untuk makluman tuan, gambar penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pendidikan 2014 telah siap dicetak. Mohon tuan mengambil gambar tersebut di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak mulai 28 Februari 2015 (Selasa). Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Norlaila binti Ishak (Penolong PPD Votek) di talian 019-5125508.

Sekian, terima kasih.

13 April 2015

MAKLUMAN : TINDAKAN SEMPENA PERTABALAN PADUKA SERI SULTAN PERAK

Pengetua dan Guru Besar Daerah Hilir Perak.

Tuan,

Sempena Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mei 2015 maka semua sekolah perlu bersedia dan “CERIA”,

Perhatian harus diberikan terhadap bendera Negeri Perak dan bendera sekolah yang lusuh mestilah digantikan dengan yang baharu.

Tema yang akan digunakan dalam pertabalan Paduka Seri Sultan Perak ialah
“CENDEKIAWAN DIRAJA JUNJUNGAN RAKYAT”
(A SCHOLAR RULER ESTEEMED BY SOCIETY).


Sekian. Terima Kasih.

31 March 2015

TEMA HARI GURU 2015

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan

Bersama-sama ini dilampirkan surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP9JNJK)900-20/13(36) bertarikh 27 Februari 2015 untuk rujukan dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Surat Tema Hari Guru

11 March 2015

PORTAL eGURU : LAMAN PERKONGSIAN VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menzahirkan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh 2013-2025 yang sedang dilaksanakan secara komited oleh kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenalpasti 25 inisiatif utama yang sedang giat dijalankan oleh bahagian-bahagian yang dipertanggungjawabkan dan salah satu daripada inisiatif tersebut ialah penghasilan video dan portal e-GURU bagi tujuan meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam bilik darjah.

Mulai 10 April 2013, portal e-GURU KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-GURU dapat diakses secara atas talian dengan melayari


Video e-GURU adalah video Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berlandaskan Standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap video e-GURU menunjukkan dengan jelas pelbagi kemahiran pedagogi guru dalam bilik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi menambah baik PdP guru.

Sehubungan itu, guru-guru digalakkan untuk memanfaatkan penggunaan portal e-Guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sekian, terima kasih

6 March 2015

MAKLUMAN TAWARAN BIASISWA KECIL YTM EDUXCEL JR. 2015

Pengetua Sekolah Menengah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

MAKLUMAN TAWARAN BIASISWA KECIL YTM EDUXCEL JR. 2015

Yayasan Telekom Malaysia (Yayasan TM) dengan sukacitanya sekali lagi membuka permohonan biasiswa kecil kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2015 dan memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, Yayasan TM ingin memohon kerjasama untuk memaklumkan kepelajar-pelajar  di bawah pentadbiransekolah tuan. Untuk makluman tuan, permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Yayasan TM www.tm.com.my/yayasantm. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2015.

Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan, sukacita dipohon untuk menghubungi di talian 03-22401594 (Ihsan Said) / 03-22400293 (Nurul Eleena).

Bersama-sama ini disertakan surat makluman dan keratan iklan untuk rujukan.

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

Yayasan Telekom Malaysia
Telekom Malaysia Berhad