PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

PROGRAM PENDIDIKAN

AKAR 3.0 DAN i-THINK

DASAR KUALITI

PPD HILIR PERAK

FAEDAH BERSAMA

Sila rujuk portal Jabatan Pendidikan Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

Showing posts with label UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT). Show all posts
Showing posts with label UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT). Show all posts

29 October 2015

PERINGATAN : TARIKH AKHIR LATIHAN LITERASI ICT SECARA DALAM TALIAN

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak berkenaan.

Tuan,

PERINGATAN : TARIKH AKHIR LATIHAN LITERASI ICT SECARA DALAM TALIAN

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Berdasarkan pemantauan secara atas talian pada 29 Oktober 2015 pukul 12.45 tgh hari, berikut adalah status terkini latihan literasi ICT secara atas talian bagi 186 peserta Daerah Hilir Perak yang diperolehi :

Berdaftar : 186
Belum Bermula : 7 (MOHON LOG IN SEBELUM 30 OKTOBER 2015)
Sedang Berjalan : 130 (MOHON SELESAIKAN SEBELUM 15 NOVEMBER 2015)
Telah selesai : 49 (Tahniah, sila jalankan peperiksaan (self essesment) secepat mungkin.

3. Bersama-sama ini dilampirkan senarai bilangan peserta yang belum memulakan latihan secara atas talian :

MOHON TINDAKAN SEGERA :

1. SK DATO' YAHYA SUBBAN - 1
2. SK SERI SETIA - 2
3. SJKT THIRUVALUVAR - 1
4. SMK RAJA MUDA MUSA - 1
5. SMK CONVENT - 1
6. SMK TUN ABDUL RAZAK - 1
4. Mohon kerjasama pihak tuan agar dapat memastikan guru-guru terlibat agar dapat memulakan latihan literasi atas talian dan bagi yang telah memulakan latihan literasi, mohon selesaikan sebelum 15 November 2015. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin. Mat Zain (Penolong PPD ICT) di talian 013-5154850 ATAU Pn. Norlaila bt. Ishak di talian 019-512 5508

Sekian, terima kasih.

15 October 2015

PELAKSANAAN SISTEM SINGLE SIGN ON (SSO) UNTUK LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PELAKSANAAN SISTEM SINGLE SIGN ON (SSO) UNTUK LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Sukacita merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan perkara di atas boleh dimuat turun di ruangan attachments di bawah. Senarai Aplikasi yang terlibat dan manual pengguna untuk menggunakan SSO boleh dimuat turun di ruangan attachments di bawah.

Bersama ini juga dilampirkan surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pend.Pk.(ICT)1227/15/4Jld.7(38) bertarikh 9 Oktober 2015.

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

LAMPIRAN
Access this URL (http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_phocadownload&view=category&download=611:senarai-aplikasi-single-sign-on-sistem-pengurusan-sekolah&id=124:sistem-pengurusan-sekolah-sps&Itemid=138&lang=ms)Senarai Aplikasi SSO [ ] 0 kB
Access this URL (http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_phocadownload&view=category&download=610:surat-siaran-pelaksanaan-single-sign-on-sso-sistem-pengurusan-sekolah&id=124:sistem-pengurusan-sekolah-sps&Itemid=138&lang=ms)Surat Siaran KPM [ ] 0 kB
Access this URL (http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_phocadownload&view=category&download=612:manual-pengguna-single-sign-on-sistem-pengurusan-sekolah&id=124:sistem-pengurusan-sekolah-sps&Itemid=138&lang=ms)Manual Pengguna SSO [ ] 0 kB
Download this file (Surat Ke PPD Laksana SSO Okt2015.pdf)Surat Ke PPD Laksana SSO Okt2015.pdf[ ]115 kB

28 April 2015

PENGGUNAAN SEMULA PORTAL RASMI PPD HILIR PERAK : http://ppdhilirperak.edu.my

28/04/2015

Pengarah Kolej Vokasional
Pengetua Sekolah Menengah
Guru Besar Sekolah Rendah
Penyelaras PKG
Daerah Hilir Perak

Tuan,

PENGGUNAAN SEMULA PORTAL RASMI PPD HILIR PERAK

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Untuk makluman tuan, mulai hari ini (28 April 2015) Portal Rasmi PPD Hilir Perak di alamat http://ppdhilirperak.edu.my akan beroperasi semula dan segala makluman dan aktiviti Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan disalurkan melalui Portal ini.



3. Walaubagaimanapun, blog ini juga boleh dijadikan sumber rujukan sekiranya berlaku sebarang masalah untuk melayari laman rasmi PPD Hilir Perak.

4. Sebarang masalah sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain (Pen. PPD ICT) di talian 013-5154850.


Sekian, terima kasih.

8 April 2015

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 DAERAH HILIR PERAK.

Juruteknik Komputer FT17
Melalui :

Pengetua Sekolah Menengah,
Guru Besar Sekolah Rendah,
Penyelaras PKG,
Daerah Hilir Perak

Tuan,


PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 DAERAH HILIR PERAK.

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan ICT  Jabatan Pendidikan Perak dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi PPD Hilir Perak akan mengadakan program peningkatan profesionalisme Juruteknik FT. Melalui program ini, Juruteknik akan bertugas secara berpasangan selama tiga minggu di PPD Hilir Perak. Program ini akan diambil kira sebagai LADAP dan sijil program akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.

3.     Sekiranya Juruteknik tuan berminat untuk menyertai program ini, mohon lengkapkan borang yang dilampirkan dan hantar semula kepada Unit ICT PPD Hilir Perak melalui emel berikut : fadzlippdict@gmail.com pada atau sebelum 16 April 2015. Borang juga boleh dimuat tuun melalui blog PPD Hilir Perak.

4.     Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain (Pen. PPD ICT) di talian 013-5154850

Sekian, terima kasih.



LAMPIRAN : Surat

13 March 2015

PROJEK PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER MENGGUNAKAN PERKAKAKSAN DENGAN PENYELESAIAN VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI) THIN CLIENT ...

Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak
(Penerima VDI Thin Client)
 
Tuan,
 
PROJEK PEMBEKALAN PERALATAN ICT KE MAKMAL KOMPUTER MENGGUNAKAN PERKAKAKSAN DENGAN PENYELESAIAN VIRTUAL DESKTOP INFRASTRUCTURE (VDI) THIN CLIENT (NO. KONTRAK : KPM/36/2013/06/0005) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
- Penjelasan Mengenai Preventive Maintainance dan Corrective Maintainance
 
Berikut adalah surat siaran dari Bahagian Teknologi Pendidikan berkenaan penjelasan mengenai preventive maintainance dan corrective maintainance VDI Thin Client.
 
Sila muat turun surat siaran berkenaan pada ruangan attachment.
 
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
 
LAMPIRAN : Surat Penjelasan

PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH KPM 2015

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Negeri Perak
 
Tuan,
 
PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015
 
Berikut adalah surat siaran dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) berkenaan meminta semua sekolah menggunakan sistem PKS online untuk membuat penarafan keselamatan sekolah masing-masing.
 
Pihak sekolah juga hendaklah mengisi dan melengkapkan instrumen keselamatan bermula pada 1 April 2015 dan berakhir pada 30 April 2015 melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/spks.
 
Sila muat turun surat siaran tersebut pada ruangan attachment.
 
 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
 
LAMPIRAN : Surat makluman