PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

PROGRAM PENDIDIKAN

AKAR 3.0 DAN i-THINK

DASAR KUALITI

PPD HILIR PERAK

FAEDAH BERSAMA

Sila rujuk portal Jabatan Pendidikan Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

Showing posts with label UNIT PENGURUSAN AKADEMIK. Show all posts
Showing posts with label UNIT PENGURUSAN AKADEMIK. Show all posts

16 October 2015

PERINGATAN MESRA : INSTRUMEN PENGGUNAAN MODUL SOLAF, WAJA DAN LAIN-LAIN SEKOLAH RENDAH 2015

PERINGATAN MESRA : INSTRUMEN PENGGUNAAN MODUL SOLAF, WAJA DAN LAIN-LAIN SEKOLAH RENDAH 2015
Semua Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak.

Tuan,

Merujuk kepada perkara di atas, untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.
Diucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menghantar instrumen tersebut. Setakat ini hanya 30 buah sekolah yang telah menghantar instrumen tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan dimohon untuk memastikan instrumen tersebut dihantar kepada Setiausaha Panitia Matematik Sekolah Rendah, SK Sungai Lampam, no. faks 05-6217027 sebelum atau pada 23 Oktober 2015 (Jumaat).

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dialu-alukan. Terima kasih.
b.p Ketua Unit Pengurusan Akademik

15 October 2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Sejarah Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak Tahun 2015

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Sejarah Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak Tahun 2015

Tarikh    : 19, 20 dan 21 Oktober 2015
Tempat  : Dewan Cempaka, PPD
                Lama
Masa.    : 8.30 pagi hingga 5.00
                petang
Peserta  : Rujuk Lampiran

Nota: Guru yang hadir diminta membawa buku teks Sejarah dan DSKP Sejarah Tahun 4 dan 5, komputer riba, pendrive dan penyambung wayar.
Attachments:
Download this file (Surat Sejarah SR 2015.jpg)Surat Sejarah SR 2015.jpg[ ]1762 kB
Download this file (Jadual Kursus.jpg)Jadual Kursus.jpg[ ]1058 kB
Download this file (Senarai Guru.jpg)Senarai Guru.jpg[ ]791 kB

20 May 2015

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP KSSR) SAINS DAN SEJARAH TAHUN 6-2015

18/05/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP KSSR) SAINS DAN SEJARAH TAHUN 6-2015

Dengan segala hormatnya, surat  Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (KP(IPG)8686/600/1/1-1 Jld.4 (51) yang bertarikh 6 Mac 2015 adalah berkaitan dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.      Dimaklumkan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (DSKP KSSR) Tahun 6-2015 Sains dan Sejarah akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

         2.1.   Tarikh                   : 20 dan 21 Mei 2015 (Rabu dan Khamis)
         2.2.   Masa           : 8:30 pagi hingga 4:30 petang
         2.3.   Tempat        : Bilik ICT SK Sultan Abdul Aziz
                                        (Sejarah)

                                      : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan
                                        (Sains – SJK)

                                      : Dewan Alamanda PPD Hilir Perak Induk
                                        (Sains – SK)

3.      Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan guru-guru yang berkenaan hadir tanpa gagal sepanjang kursus tersebut dijalankan. Selain itu, borang tuntutan perjalanan menghadiri kursus turut dilampirkan untuk tuntutan guru-guru berkenaan.

4.      Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) ditalian 05-6221970 sambungan 149 atau 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.
Attachments:
Download this file (BORANG TUNTUTAN.xls)BORANG TUNTUTAN.xls[ ]106 kB

6 May 2015

SKEMA JAWAPAN MOCK TEST 2 AMANJAYA GEMILANG UPSR 2015

06/05/2015
Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak
(SEPERTI SENARAI LAMPIRAN)

Tuan,
Dengan hormatnya, dimaklumkan perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Bersama-sama ini diserta skema jawapan MOCK TEST 2 Amanjaya Gemilang UPSR 2015 untuk panduan penandaan guru-guru di sekolah tuan

Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
                                                               

Sekian, terima kasih.

b.p Ketua Unit Pengurusan Akademik

LAMPIRAN : 
1. Senarai sekolah terlibat
2. Skema jawapan mock test2

5 May 2015

MAJLIS BACAAN YASIN/TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV

 05/05/2015
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Berasrama Negeri Perak

Tuan,

MAJLIS BACAAN YASIN/TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV, semua sekolah berasrama di negeri Perak dipohon mengadakan Majlis Bacaan Yasin/Tahlil dan Doa Selamat seperti ketetapan berikut :

                       Tarikh           :        7 Mei 2015 (Khamis)
                       Masa             :        Selepas maghrib
                       Tempat          :        Surau sekolah/asrama

3.       Bersama-sama ini disertakan doa khas dari Jabatan Agama Islam Perak untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

4.       Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam menjayakan urusan ini, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

PENCALONAN PESERTA KURSUS DSKP TAHUN 6 (KSSR) – 2015 : MOD CASCADE

05/05/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PENCALONAN PESERTA KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) TAHUN 6 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) – 2015 : MOD CASCADE

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dan surat PPD.HPK.09/02/09 Jld.6 (1) bertarikh 21 april 2015 dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan untuk melengkapkan borang pencalonan peserta secara atas talian di http://kssrhip.blogspot.com sebelum atau pada 15 Mei 2015.

5.    Sebarang masalah dan pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 05-6221970 sambungan 149 atau 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

28 April 2015

MAKLUMAN MUAT TURUN (DSKP KSSR) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, DAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6-2015

28/04/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

MAKLUMAN MUAT TURUN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP KSSR) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, DAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6-2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan guru-guru berkenaan memuat turun dokumen-dokumen tersebut sebelum menghadiri kursus.

3.    Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) ditalian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN :
1. DSKP Pend. Muzik Thn 6
2. DSKP TMK Thn 6

27 April 2015

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI (DSKP KSSR) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, DAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6-2015

27/04/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP KSSR) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, DAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6-2015

Dengan segala hormatnya, surat  Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (KP(IPG)8686/600/1/1-1 Jld.4 (51) yang bertarikh 6 Mac 2015 adalah berkaitan dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.    Dimaklumkan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (DSKP KSSR) Tahun 6-2015 Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pendidikan Muzik akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

    2.1.    Tarikh        : 29 dan 30 April 2015 (Isnin dan Selasa)
    2.2.    Masa        : 8:30 pagi hingga 4:30 petang
    2.3.    Tempat    : Bilik ICT SK Sultan Abdul Aziz
                  (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

                : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan
                  (Pendidikan Muzik – SJK)

                : Dewan Alamanda PPD Hilir Perak Induk
                  (Pendidikan Muzik – SK)

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan guru-guru yang berkenaan hadir tanpa gagal sepanjang kursus tersebut dijalankan.

4.    Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) ditalian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Borang Tuntutan

PENGAMBILAN CD BENGKEL PERSEDIAAN MENGAJAR (SM) DAN EARLY WARNING SYSTEM (EWS) 2015

27/04/2015

Semua Pengetua
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak.

PENGAMBILAN CD BENGKEL PERSEDIAAN MENGAJAR (SM) DAN EARLY WARNING SYSTEM (EWS) 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa CD Bengkel Persediaan Mengajar (SM) dan Early Warning System (EWS) boleh diambil dengan kadar SEGERA di Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

Sekian, harap maklum.

b.p  Ketua Unit Pengurusan Akademik.


25 April 2015

PERUBAHAN PELAKSANAAN ‘MOCK TEST 2’ PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR DAERAH HILIR PERAK 2015

 25/04/2015

Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak
(seperti senarai lampiran)

Tuan,
Dengan hormatnya, dimaklumkan perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Dukacita dimaklumkan bahawa ‘mock test’ 2 perlu dilaksanakan pada 28 April 2015 hingga 30 April 2015 yang dianjakkan satu hari dari tarikh asal. Ini kerana penerimaan naskah ujian tersebut yang lewat tiba ke PPD dan naskah ujian yang tidak mencukupi. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan tersebut.

Sehubungan dengan itu, tuan/wakil tuan dikehendaki hadir untuk mengambil naskah ‘mock test 2’ yang belum diterima sebelumnya pada tarikh berikut:

           Tarikh    : 27 April 2015 (Isnin)
           Masa      : 8.00 pagi -  1.00 petang
           Tempat  : Dewan Alamanda , PPD Hilir Perak

Bersama-sama ini disertakan jadual pelaksanaan ujian yang terkini dan surat kuasa pelan tindakan mock test untuk tindakan dan perhatian pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi. Puan Norshamsiah bt. Hassan Basri, Penolong PPD Kurikulum Bahasa di talian 012-4340753.

Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
                                                            
Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN :
1. Senarai Sekolah terlibat
2. Surat MockTest SK
3. Jadual MockTest2


LAPORAN PRAPROTiM BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 DAN 5 DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015 SECARA ATAS TALIAN

25/04/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

LAPORAN PRAPROTiM BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 DAN 5 DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015 SECARA ATAS TALIAN

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh laporan PraProTiM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan Tahun 5 secara atas talian dalam portal Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah dilanjutkan sehingga 30 April 2015.

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan memastikan Ketua Panitia Bahasa Malaysia sekolah tuan melengkapkan laporan tersebut secara atas talian seperti yang di bawah :

    3.1.    Analisis praPROTiM Bahasa Malaysia Tahun 4
        URL : http://goo.gl/forms/xoeaFVj8NQ

    3.2.    Analisis praPROTiM Bahasa Malaysia Tahun 5
        URL : http://goo.gl/forms/yhRc7Epqh6

4.    Selain itu, borang skor praPROTiM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan Tahun 5 yang lengkap hendaklah dihantar kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) juga telah dilanjutkan sehingga 30 April 2015.

5.    Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

24 April 2015

PELAKSANAAN ‘MOCK TEST 2’ PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR DAERAH HILIR PERAK 2015

24/04/2015
Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak
(seperti senarai lampiran)

Tuan,

PELAKSANAAN ‘MOCK TEST 2’ PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR DAERAH HILIR PERAK 2015

Dengan hormatnya, dimaklumkan perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Sehubungan dengan itu, tuan/wakil tuan dikehendaki hadir untuk mengambil naskah ‘mock test 2’ tersebut seperti ketetapan berikut:

           Tarikh    : 24 April 2015 (Jumaat)
           Masa      :  3.00 petang -  5.00 petang
           Tempat  : Dewan Alamanda , PPD Hilir Perak

Untuk pengetahuan pihak tuan, ujian ini perlu dilaksanakan pada 27 April 2015 hingga 30 April 2015. Bersama-sama ini disertakan jadual pelaksanaan ujian dan surat kuasa pelan tindakan mock test untuk tindakan dan perhatian pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi. Puan Norshamsiah bt. Hassan Basri, Penolong PPD Kurikulum Bahasa di talian 012-4340753.

Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
                                                               
Sekian, terima kasih


LAMPIRAN : Bahan Rujukan

PERTANDINGAN VEDIO DIGITAL HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK 2015

24/04/2015
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PERTANDINGAN  VEDIO  DIGITAL HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK 2015
Dengan hormatnya, surat Jabatan Pendidikan Perak J.PEND.PK.(AM)5110/37 JLD.3(89) bertarikh 17April 2015  adalah berkaitan.

2. Bersama-sama ini dilampirkan surat JPN, syarat pertandingan dan borang penyertaan pertandingan tersebut untuk makluman dan tindakan tuan

3. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan kepada Sekretariat Video Digital Hari Guru ditalian 05-7912 153 samb.154 atau 012-9555 285 (up En. Abdul Aziz bin Arshad) atau En. Sharifuddin bin Ali, Penolong PPD Vokasional dan Teknik di talian 019-5422801

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

LAMPIRAN : Bahan maklumat pertandingan

20 April 2015

LAPORAN PRAPROTiM BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 DAN 5...

20/04/2015 
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

LAPORAN PRAPROTiM BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 DAN 5 DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pelaksanaan Ujian PraProTiM Bahasa Malaysia telah dijalankan mulai 12 hingga 17 April 2015 di semua sekolah rendah di Negeri Perak.

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan memastikan Ketua Panitia Bahasa Malaysia sekolah tuan melengkapkan borang skor yang dilampirkan (rujuk lampiran) dan secara atas talian di portal JPN Perak.

4.    Semua tindakan para 3 hendaklah diambil tindakan sebelum atau pada 24 April 2015. Borang skor yang lengkap hendaklah dihantar kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah).

5.    Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Borang SKOR PROTiM

PELAKSANAAN KURSUS DALAMAN BAGI PENYEBARAN DSKP KSSR TAHUN 6 2015

 20/04/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PELAKSANAAN KURSUS DALAMAN BAGI PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 6-2015

Dengan segala hormatnya, surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pen.Pk(AM)5110/50/Jld.9(30) yang bertarikh 17 April 2015 adalah berkaitan dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.    Dimaklumkan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 6-2015 Daerah Hilir Perak sedang berlangsung mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk melaksanakan kursus dalaman bagi penyebaran kursus tersebut kepada semua guru di sekolah tuan. Kursus dalaman tersebut disampaikan oleh guru yang menghadiri kursus tersebut.

4.     Justeru, empat kursus dalaman hendaklah dilaksanakan iaitu DSKP KSSR Matematik, Pendidikan Kesihatan, Reka Bentuk dan Teknologi, dan Pendidikan Seni Visual. Semua kursus dalaman tersebut hendaklah dijalankan sebelum 30 April 2015.

5.     Laporan hendaklah dihantar sebelum atau pada 11 Mei 2015 kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) mengikut format pelaporan yang dilampirkan.

6.    Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) ditalian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.



LAMPIRAN : Bahan

TUNTUTAN PERJALANAN MENDUDUKI UJIAN KECEKAPAN BAHASA MELAYU (UKBM)...

 20/04/2015
Semua Calon UKBM Daerah Hilir Perak

Tuan/Puan,

TUNTUTAN PERJALANAN MENDUDUKI UJIAN KECEKAPAN BAHASA MELAYU (UKBM) NEGERI PERAK TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan diambil perhatian.

2. Dimaklumkan tarikh akhir menghantar tuntutan perjalanan tersebut adalah pada 23 April 2015. Semua tuntutan perjalanan akan dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 24 April 2015. Selepas tarikh tersebut, tuan/puan dikehendaki menghantar sendiri ke Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

3. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat diharapkan.

Sekian. Terima kasih.

17 April 2015

TINDAKAN SEGERA : MAKLUMAN MELENGKAPKAN SENARAI CALON GURU TMK TAHUN 6 2016

17/5/2015

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Berkenaan
K CHANGKAT JONG
SK TAPAK SEMENANG
SK TELUK BIRAH
SK SUNGAI SUMUN
SK TANAH LALANG
SK MATANG KUNDA
SK SIMPANG TIGA
SK SIMPANG EMPAT
SJK(C) PELAWAN
SJK(C) SIN MIN
SJK(C) CHONG SAN
SJK(T) LADANG SELABA
SJK(T) LADANG NOVA SCOTIA 1
SJK(T) LADANG TELUK BULOH
SJK(T) LADANG ULU BERNAM 2
SK ST. ANTHONY LANGKAP

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

Mohon tindakan segera untuk melengkapkan senarai calon guru matapelajaran TMK tahun 6 2016 melalui pautan di bawah.

Sekian, terima kasih.

15 April 2015

BENGKEL PENGOPERASIAN EARLY WARNING SYSTEM(EWS)...

BENGKEL PENGOPERASIAN EARLY WARNING SYSTEM(EWS) DALAM SISTEM INFOMURID SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HILIR PERAK 2015

 15/04/2015
Semua Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,
Dengan hormatnya, dimaklumkan perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir ke bengkel tersebut seperti ketetapan berikut:
           Tarikh : 16 April 2015 (Khamis)
           Masa  :  2.30 petang
           Tempat : Dewan Alamanda , PPD Hilir Perak

Kehadiran tuan adalah wajib/tidak boleh diwaklili kecuali bagi sekolah-sekolah yang tiada guru besar, diwakili oleh penolong kanan pentadbiran. Sebarang pertanyaan sila hubungi. Puan Norshamsiah bt. Hassan Basri, Penolong PPD Kurikulum Bahasa di talian 012-4340753.

Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
                                                              
Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN :  Surat

14 April 2015

LAPORAN MOCK TEST SPM 2015

Pengetua
Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak

Tuan

LAPORAN MOCK TEST SPM 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu,  Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak mohon jasa baik tuan agar dapat melengkapkan markah Mock Test ke dalam borang yang dilampirkan dan menghantar semula kepada En. Sharifuddin b. Ali (Pen. PPD Votek) melalui emel sharifuddin.semesra@gmail.com pada atau sebelum 15 April 2015 (Rabu)

3.Bersama-sama ini dilampirkan borang analisis Mock Test untuk  perhatian dan tindakan tuan.

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

LAMPIRAN : Borang Markah

13 April 2015

MESYUARAT PANITIA EKONOMI ASAS DAERAH HILIR PERAK BIL. 1/2015

Pengetua
Sekolah Menengah  Daerah Hilir Perak. (Seperti Lampiran 1)

Tuan,

 MESYUARAT  PANITIA EKONOMI ASAS  DAERAH  HILIR PERAK BIL. 1/2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2.         Sehubungan dengan  itu, Ketua Panitia Ekonomi Asas dari sekolah tuan diminta hadir ke mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:

            Tarikh              : 16 April 2015 (Khamis)
            Masa                : 2.30 petang
            Tempat                        : Bilik Gerakan, SMK Seri Muara
            Pengerusi         : Pengetua SMK Seri Muara

3.         Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
3.1              Perutusan
a. Pengerusi Panitia Daerah
b. Pegawai Pendidikan Daerah /wakil
3.2              Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang  lalu
3.3              Perkara-perkara berbangkit dan maklum balas minit mesyuarat yang lepas
3.4              Pembentangan/Isu/Laporan
a.    Analisis dan post mortem keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014
b.   Head count dan penetapan target SPM 2015         
c.    Perancangan Aktiviti Panitia 2015
3.5              Hal-hal lain

4.         Sila bawa bersama-sama laporan post mortem Mata Pelajaran Ekonomi Asas SPM 2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sharifuddin bin Ali, Penolong PPD Vokasional dan Teknik di talian 019-5422801 atau Pn. Siti Hawa bt Yunus Setiausaha Panitia Ekonomi Asas Daerah di talian 019-5758964

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
LAMPIRAN : Lampiran 1 EA2015