Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak,
Tuan,
UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KONTINJEN BOLA TAMPAR MSSD HILIR PERAK DI KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa
Pasukan Bola Tampar Perempuan 12 tahun,
Pasukan Bola Tampar Lelaki 12 tahun dan
Pasukan Bola Tampar Lelaki 18 tahun telah muncul sebagai
naib johan manakala pasukan
Bola Tampar Perempuan 18 tahun telah menduduki
tempat keempat di Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah peringkat negeri Perak yang telah diadakan di Kampar, Perak pada 13 hingga 16 Mac 2015.
2. Sehubungan dengan itu, ucapan
TAHNIAH DAN SYABAS kepada pasukan Daerah Hilir Perak atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan tersebut akan memberi rangsangan, motivasi dan semangat kepada pasukan yang lain untuk mencipta kejayaan.