PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

PROGRAM PENDIDIKAN

AKAR 3.0 DAN i-THINK

DASAR KUALITI

PPD HILIR PERAK

FAEDAH BERSAMA

Sila rujuk portal Jabatan Pendidikan Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

Showing posts with label UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN. Show all posts
Showing posts with label UNIT PENILAIAN & PEPERIKSAAN. Show all posts

16 October 2015

MESYUARAT PENATARAN FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2016 PERINGKAT NEGERI PERAK

Guru BesarSK / SJKC / SJKT / SRA
Daerah Hilir Perak.

Tuan,
MESYUARAT PENATARAN FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2016 PERINGKAT NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan, Lembaga Peperiksaan akan melaksanakan format baharu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada Tahun 2016. Oleh itu, satu mesyuarat di peringkat Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut :
                        Tarikh             : 20 Oktober 2015 (Selasa) | Subjek Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
                                               21 Oktober 2015 (Rabu)   | Subjek Matematik & Sains
                                               22 Oktober 2015 (khamis) | Subjek Bahasa Cina & Bahasa Tamil
                        Masa               : 8.00 pagi – 5.00 petang
                        Tempat           : Sila Rujuk Lampiran

3.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan perlu menghantar seorang guru bagi setiap subjek UPSR yang diajar pada tahun 2016. Untuk makluman tuan, Surat Panggilan Mesyuarat, Lampiran (Tempat Mesyuarat) dan Jadual Mesyuarat tersebut telah pun dipos ke setiap Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak.
4.         Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi En. Mustaqim bin Derani, Penyelia Penilaian dan Peperiksaan di talian 05-6221970 sambungan 192 atau 011-29062333.
Kerjasama tuan menjayakan program di atas amat dihargai.
Sekian,  terima kasih.

LAMPIRAN


Download this file (JADUAL MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx)JADUAL MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx[ ]14 kB
Download this file (LAMPIRAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx)LAMPIRAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx[ ]15 kB
Download this file (SURAT PGGILAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.pdf)SURAT PGGILAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.pdf[ ]514 kB

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2015 TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN ITEM UJIAN BERTULIS

PENGETUA
SMK/SBP/SABK /MRSM/Agama dan Swasta
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2015 TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN ITEM UJIAN BERTULIS

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Ujian bertulis bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mula dilaksanakan pada 12, 13 dan 15 Oktober 2015. Penyelarasan pemeriksaan perlu dilaksanakan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan hasil kerja murid oleh guru adalah berpandukan Panduan Penskoran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

3. Sehubungan itu tuan/ puan diminta membenarkan Seorang Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp) dan 2 Guru Pentaksir Mata Pelajaran (GPMp) bagi mata pelajaran teras (BM, Math, B.Ing, Sains & P. Islam) dan seorang KPMp dan seorang GPMp untuk sabjek Kemahiran Hidup dan bahasa tambahan bertulis untuk hadir mengikut jadual dan surat panggilan seperti Lampiran yang disertakan.

4. Untuk makluman, setiap guru yang hadir ke taklimat penyelarasan tersebut dikehendaki membawa bersama perkara berikut:

4.I Sepuluh (10) sampel asal hasil kerja murid berdasarkan tiga aras pencapaian murid iaitu rendah, sederhana dan tinggi dengan nisbah 3:4:3.

4.2 Panduan Penskoran

4.3 Skrip Contoh

5. Kerjasama daripada pihak tuan / puan sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan  terima kasih.

Saya yang menurut perintah,
Hj. Mohamed Sapari b. Mohamed Arshad
Penolong PPD PBS
PPD Hilir Perak.
019 5757193

LAMPIRAN 
Download this file (surat panggilan pp peringkat daerah.pdf)surat panggilan pp peringkat daerah.pdf[ ]635 kB
Download this file (JADUAL PENYELARASAN PENSKORAN KBAT.xlsx)JADUAL PENYELARASAN PENSKORAN KBAT.xlsx[ ]10 kB



6 May 2015

BENGKEL LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 MATA PELAJARAN : ...

06/05/2015
NAMA SEPERTI SENARAI LAMPIRAN
( PENTAKSIR KAWASAN )

Melalui :

PENGETUA
SMK/SBP/SABK/MRSM dan Agama
Negeri Perak


Tuan,

BENGKEL LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015
MATA PELAJARAN : ______________________________________________________________


Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.    Sehubungan dengan itu, tuan  dilantik sebagai fasilitator dan diminta hadir ke Mesyuarat seperti maklumat berikut:-

Tarikh    :    Seperti lampiran
Tempat    :    Seperti lampiran
Masa     :    8.00 pagi – 4.30 petang
           
3.    Tuan layak  membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaaan yang sedang berkuat kuasa sekarang.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN : Surat & bahan

MESYURAT LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 MATA PELAJARAN : .....

06/05/2015
NAMA SEPERTI SENARAI LAMPIRAN
(KETUA PENTAKSIR KAWASAN )

Melalui :

PENGETUA
SMK/SBP/SABK/MRSM dan Agama
Negeri Perak

Tuan,

MESYURAT LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015
MATA PELAJARAN  : _______________________________________________________________


Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.    Sehubungan dengan itu,  Sehubungan dengan itu, tuan diminta hadir ke Mesyuarat seperti maklumat berikut:-

Tarikh    :    Seperti lampiran
Tempat    :    Seperti lampiran
Masa     :    8.00 pagi – 4.30 petang


3.    Tuan layak membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN : Surat & Bahan

MESYURAT LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

06/05/2015
NAMA SEPERTI SENARAI LAMPIRAN

Melalui :

PENGETUA
SMK/SBP/SABK/MRSM dan Agama
Negeri Perak

Tuan,

MESYURAT LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.    Sehubungan dengan itu,  tuan minta hadir ke program seperti dilampiran A dan B terkepil.

3.    Tuan layak membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Surat & bahan

13 April 2015

CETAKAN MAKLUMAT PENDAFTARAN UPSR 2015

Semua Guru Besar,
SK / SJKC / SJKT/ SR AGAMA
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

CETAKAN MAKLUMAT PENDAFTARAN UPSR 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pendaftaran UPSR 2015 secara ‘online’ akan dibuka semula bagi tujuan cetakan selama 1 hari sahaja iaitu pada hari Isnin (13/4/2015)

3.     Sehubungan itu, mohon kepada Setiausaha Peperiksaan UPSR sekolah yang masih belum mencetak apa-apa maklumat dalam sistem ini untuk berbuat demikian dan terus menghantar maklumat-maklumat tersebut ke PPD Hilir Perak.

4.    Tuan/Puan diingatkan agar tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk bertindak bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

5.     Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

24 March 2015

PBS : TAKLIMAT PENYELARASAN KERJA KURSUS SPM

Semua Pengetua
Sekolah menengah Daerah Hilir Perak,

Tuan,

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) TAKLIMAT PENYELARASAN KERJA KURSUS SPM
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.  Berhubung dengan perkara di atas, pihak tuan diminta membenarkan  seorang Pentaksir Sekolah bagi mata pelajaran berkenaan untuk mengikuti taklimat berkenaan mengikut tarikh yang ditetapkan.

     Sila rujuk jadual lampiran yang disertakan.

3. Kerjasama tuan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

LAMPIRAN : Surat & Bahan

23 March 2015

BAHAN PERLU DI BAWA UNTUK TAKLIMAT S/USAHA PEPERIKSAAN UPSR

Semua Guru Besar,
SK / SJKC / SJKT/ SR AGAMA
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

BAHAN TAMBAHAN YANG PERLU DIBAWA OLEH SETIAUSAHA PEPERIKSAAN UPSR SEMASA MENGHADIRI MESYUARAT SEMAKAN PENDAFTARAN UPSR SEKOLAH NEGERI PERAK 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Mesyuarat Semakan Pendaftaran UPSR untuk Setiausaha Peperiksaan UPSR Negeri Perak 2015 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

        Tarikh        : 25 Mac 2015 (Rabu)
        Masa        : 8.30 pagi – 5.00 petang
        Tempat    : Grand Kampar Hotel,
                          2188, Jalan Timah, Bandar Baru Kampar
                          31900 Perak
                         
3.     Sehubungan itu, sekali lagi mohon kerjasama semua Setiausaha Peperiksaan UPSR untuk membawa perkara-perkara seperti yang dinyatakan pada Surat Panggilan Mesyuarat tersebut.

4.     Selain itu, terdapat beberapa bahan tambahan lain yang perlu dibawa oleh Setiausaha Peperiksaan UPSR seperti :

a)    Semua dokumen peribadi calon (Salinan Sijil Lahir / KP / Kad OKU dan sebagainya)
b)    Cetakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan Calon
c)    Rumusan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan Calon
d)    Kemasukan Matapelajaran

* perkara b, c & d boleh dicetak melalui Sistem Pendaftaran UPSR secara online.

5.    Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi En. Mustaqim bin Derani, Penyelia Penilaian dan Peperiksaan di talian 05-6221970 sambungan 192 atau 011-29062333.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

17 March 2015

MESYUARAT SEMAKAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR UNTUK SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEKOLAH NEGERI PERAK 2015

Semua Guru Besar,
SK / SJKC / SJKT/ SR AGAMA
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

MESYUARAT SEMAKAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR UNTUK SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEKOLAH NEGERI PERAK 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Semakan Pendaftaran UPSR untuk Setiausaha Peperiksaan UPSR Negeri Perak 2015 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

        Tarikh    : 25 Mac 2015 (Rabu)
        Masa    : 8.30 pagi – 5.00 petang
        Tempat    : Grand Kampar Hotel, 2188, Jalan Timah, Bandar Baru Kampar, 31900 Perak
                         
3.     Sehubungan itu, Setiausaha Peperiksaan UPSR sekolah tuan diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut.

4.     Surat panggilan mesyuarat serta Jadual mesyuarat boleh dimuat turun pada bahagian lampiran di bawah. Mohon kerjasama Setiausaha Peperiksaan untuk membawa perkara seperti yang dinyatakan pada surat panggilan mesyuarat tersebut.

5.    Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi En. Mustaqim bin Derani, Penyelia Penilaian dan Peperiksaan di talian 05-6221970 sambungan 192 atau 011-29062333.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Surat dan Jadual