8 April 2015

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 DAERAH HILIR PERAK.

Juruteknik Komputer FT17
Melalui :

Pengetua Sekolah Menengah,
Guru Besar Sekolah Rendah,
Penyelaras PKG,
Daerah Hilir Perak

Tuan,


PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 DAERAH HILIR PERAK.

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan ICT  Jabatan Pendidikan Perak dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi PPD Hilir Perak akan mengadakan program peningkatan profesionalisme Juruteknik FT. Melalui program ini, Juruteknik akan bertugas secara berpasangan selama tiga minggu di PPD Hilir Perak. Program ini akan diambil kira sebagai LADAP dan sijil program akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.

3.     Sekiranya Juruteknik tuan berminat untuk menyertai program ini, mohon lengkapkan borang yang dilampirkan dan hantar semula kepada Unit ICT PPD Hilir Perak melalui emel berikut : fadzlippdict@gmail.com pada atau sebelum 16 April 2015. Borang juga boleh dimuat tuun melalui blog PPD Hilir Perak.

4.     Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain (Pen. PPD ICT) di talian 013-5154850

Sekian, terima kasih.



LAMPIRAN : Surat