25/04/2015
Guru BesarSekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak
Tuan,
LAPORAN PRAPROTiM BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 DAN 5 DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015 SECARA ATAS TALIAN
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh laporan PraProTiM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan Tahun 5 secara atas talian dalam portal Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah dilanjutkan sehingga 30 April 2015.
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan memastikan Ketua Panitia Bahasa Malaysia sekolah tuan melengkapkan laporan tersebut secara atas talian seperti yang di bawah :
3.1. Analisis praPROTiM Bahasa Malaysia Tahun 4
URL : http://goo.gl/forms/xoeaFVj8NQ
3.2. Analisis praPROTiM Bahasa Malaysia Tahun 5
URL : http://goo.gl/forms/yhRc7Epqh6
4. Selain itu, borang skor praPROTiM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan Tahun 5 yang lengkap hendaklah dihantar kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) juga telah dilanjutkan sehingga 30 April 2015.
5. Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 012-9849601.
Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.
Sekian, terima kasih.