PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

PROGRAM PENDIDIKAN

AKAR 3.0 DAN i-THINK

DASAR KUALITI

PPD HILIR PERAK

FAEDAH BERSAMA

Sila rujuk portal Jabatan Pendidikan Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

Showing posts with label UNIT PENGURUSAN SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label UNIT PENGURUSAN SEKOLAH. Show all posts

20 May 2015

KUTIPAN DATA PEMULIHAN KHAS DAN DATA IKAM BERAKHIR MEI 2015

Semua Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Sehubungan dengan ini, mohon pihak tuan untuk melengkapkan data murid dan guru pemulihan khas mengikut format tahun 2014 . Data yang lengkap perlu dihantar kepada PPD Hilir Perak melalui alamat email dpemhip@yahoo.com pada atau sebelum 29 Mei 2015.
Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi En Hishammudin Bin Dahlan, Penolong PPD Pendidikan Khas, Unit Pengurusan Sekolah PPD Hilir Perak.
Sekian, terima kasih.
Attachments:
Download this file (DATA PEMULIHAN KHAS MULAI TAHUN 2015.pdf)DATA PEMULIHAN KHAS MULAI TAHUN 2015.pdf[ ]497 kB
Download this file (TAPAK DPEM IKAM 2015 (GURU ) versi 2.0 2015.xls)TAPAK DPEM IKAM 2015 (GURU ) versi 2.0 2015.xls[ ]554 kB

5 May 2015

BORANG SOAL SELIDIK (POST TEST) PENGURUSAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015

BORANG SOAL SELIDIK (POST TEST)  PENGURUSAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Bersama-sama ini disertakan borang soal selidik (post Test)  untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Borang ini perlu di hantar selewat-lewatnya 5hb Mei 2015.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Norazlina bt Alias, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Prasekolah/Permata di talian 013-5196202/05-6221970 sambungan 166. 

Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

27 April 2015

ARAHAN KIBARKAN BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA HARI PERTABALAN DYMM SERI SULTAN PERAK.

27/04/2015
Kepada semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

ARAHAN KIBARKAN BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA HARI PERTABALAN DYMM SERI SULTAN PERAK.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa agar semua bangunan pejabat kerajaan dan premis daerah termasuk sekolah-sekolah untuk mengibarkan bendera Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Hari Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Yang ke 35 bermula 25 April 2015 hingga 31 Mei 2015.

3. Surat arahan dari Jabatan Pendidikan Perak dilampirkan di bawah.

Sekian untuk makluman tuan.

Terima kasih.

LAMPIRAN :
1. Surat SUK
2. Surat JP Perak

23 April 2015

BAHAN SEMINAR KELESTARIAN PENGURUSAN PRASEKOLAH DAERAH HILIR PERAK

 23/04/2015
Guru Besar
Program Prasekolah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan

2. Bersama-sama ini dilampirkan bahan cetakan untuk dibawa semasa Seminar Kelestarian Prasekolah bagi Guru Besar Daerah Hilir Perak pada 28hb April 2015.

3. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Norazlina bt Alias di talian  05-6221970 sambungan 166.

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN :  BAHAN SEMINAR


20 April 2015

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

20/04/2015
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Bersama-sama ini dilampirkan surat Jabatan Pendidikan Perak rujukan J.Pel.Pk.(AM)5114/5/Jld.5(21) bertarikh 16 April 2015 untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Surat

SEMINAR KELESTARIAN PENGURUSAN PRASEKOLAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015

 20/04/2015
Semua Guru Besar
Program Prasekolah
Daerah Hilir Perak.

SEMINAR  KELESTARIAN PENGURUSAN PRASEKOLAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pedidikan Negeri Perak dengan kerjasama  Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak akan melaksanakan Seminar Kelestarian Pengurusan Prasekolah Daerah Hilir Perak Tahun 2015 seperti ketetapan berikut :-

2.1    Tarikh       :    28 April 2015 (Selasa)
2.2    Masa         :    8.30pagi hingga 4.00 petang
2.3    Tempat      :    Dewan Alamanda, PPD Hilir Perak
2.4     Sasaran    :     63 orang Guru Besar (Program Prasekolah KPM)

3.    Sehubungan dengan itu, tuan di pohon hadir ke bengkel tersebut. Kehadiran adalah wajib. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Norazlina bt Alias, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Prasekolah/Permata di talian 05-6221970 sambungan 166.

Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

16 April 2015

PERTANDINGAN GURU INOVATIF SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2015.

16/04/2015
Pengetua dan Guru Besar
Daerah Hilir Perak

PERTANDINGAN GURU INOVATIF SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2015.
2.         Matlamat pertandingan ini adalah untuk melahirkan guru yang mampu menghasilkan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum dan dapat meningkatkan profesionalisme keguruan.

 3.        Sehubungan itu, jasa baik tuan adalah dipohon untuk mengemukakan pencalonan dan bahan inovasi daripada  pihak warga pendidik di sekolah tuan. Bersama-sama ini disertakan borang pertandingan. Selain itu,  borang pertandingan  boleh dimuat turun di portal jpnperak.moe.gov.my.

4.         Borang dan maklumat permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar  ke Unit Kualiti PPD Hilir Perak sebelum atau pada 24 April 2015.

 5.            Kerjasama dan sokongan tuan di dalam hal ini amatlah dihargai. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohamad Munazir Bin Mohamad (Pen.PPD Pengurusan Kualiti) di talian 012-2694432

Sekian, terima kasih

LAMPIRAN : Peraturan & Syarat Penyertaan

13 April 2015

MODUL PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH 2015

Guru Besar
Program Prasekolah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan

2. Bersama-sama ini dilampirkan modul pertandingan ko-akademik Bijak Prasekolah 2015 untuk tindakan pihak tuan.

3. Mohon muat turun modul tesebut sebagai panduan dan persediaan pasukan masing-masing.

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Norazlina bt Alias (Pen. PPD Prasekolah/ Permata) di talian  05-6221970 sambungan 166.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Modul Pertandingan

10 April 2015

PENGEDARAN DVD BAHAN BENGKEL KEPIMPINAN ABAD KE-21

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.






DVD Bahan Bengkel Kepimpinan Abad Ke-21 boleh diambil di kaunter PPD Hilir Perak melalui Cik Nur Faezah dengan bayaran RM 5.

Sekian, terima kasih.

25 March 2015

PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JUN 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Hilir  Perak

Tuan,

PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH SESI JUN 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.     Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BPSH-SPSM)301/01/01/Jld.11(20) bertarikh 13 Mac 2015 yang jelas menyatakan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya,

3.    Sehubungan dengan itu, tuan bolehlah memuat turun Surat Siaran dari KPM dan Surat Siaran dari JPN di bahagian 'Attachment' di bawah.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Unit Sekolah Menengah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Attachments:
Download this file (pekeliling jpn_0001.pdf)SURAT SIARAN JPN[ ]51 kB
Download this file (pekeliling kpm.pdf)SURAT SIARAN KPM[ ]286 kB

23 March 2015

PENGAMBILAN SIJIL TAMAT PRASEKOLAH 2015

Semua Guru Besar,
Program Prasekolah,
Daerah Hilir Perak.

PENGAMBILAN SIJIL TAMAT PRASEKOLAH 2015

Dimaklumkan bahawa Sijil Tamat Prasekolah 2015 boleh di ambil di kaunter PPD Hilir Perak bermula dari hari Isnin 30 hb Mac 2015. Mohon guru-guru Prasekolah untuk mengambil dalam kadar segera mengikut bilangan murid prasekolah semasa.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Norazlina bt Alias (Penolong PPD Prasekolah / Permata) di talian 013-5196202 atau di talian 05-6221970 sambungan 166.

SekiaN, terima kasih.

16 March 2015

PERUBAHAN SEKOLAH TERLIBAT : KAJISELIDIK EPIDIMILOGI KESIHATAN PERGIGIAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH...

Guru Besar
Program Prasekolah Berkenaan
SK Seri Setia
SK Sungai Buloh

Tuan,

KAJISELIDIK EPIDIMILOGI KESIHATAN PERGIGIAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015
Bersama-sama ini dilampirkan surat Jabatan Pendidikan Perak rujukan J.Pend.Pk.(UPS)1227/19/2/(2) bertarikh 4 Februari 2015 untuk rujukan dan makluman tuan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain (Pen. PPD ICT) di talian 013-5154850

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN DI SINI : Surat makluman , Senarai terbaru

9 March 2015

PERINGATAN MESRA : BORANG SOAL SELIDIK PENG. PENTADBIRAN PRASEKOLAH KPM 2015

Guru Besar
Program Prasekolah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

PERINGATAN MESRA : BORANG SOAL SELIDIK PENGURUSAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH KPM 2015

 Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Sehingga 9 Mac 2015 (Isnin) , masih ramai lagi pentadbir yang terlibat belum memulangkan semula borang soal selidik pengurusan pentadbiran prasekolah KPM 2015.

3. Sehubungan itu, mohon kepada sekolah yang belum menghantar borang soal selidik tersebut, mohon agar dapat menghantar borang tersebut pada atau sebelum 10 Mac 2015 (Rabu) untuk perhatian unit prasekolah/ permata.

4. Bersama ini dilampirkan surat makluman borang soal selidik yang perlu dilengkapkan. Kerjasama dan keperihatinan tuan amat kami hargai.


Sekian, terima kasih.


MUAT TURUN : Surat JPN dan Borang Soal Selidik

6 March 2015

KAJIAN EPIDEMIOLOGI KESIHATAN PERGIGIAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH...

Guru Besar
Program Prasekolah Berkenaan
SK Kampong Bahagia
SK Dato' Yahya Subban
SK Ayer Hitam
SK Raja Muda Musa
SK Seri Langkap
SJKC Sin Min

Tuan,

KAJISELIDIK EPIDIMILOGI KESIHATAN PERGIGIAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2015
Bersama-sama ini dilampirkan surat Jabatan Pendidikan Perak rujukan J.Pend.Pk.(UPS)1227/19/2/(2) bertarikh 4 Februari 2015 untuk rujukan dan makluman tuan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain (Pen. PPD ICT) di talian 013-5154850

Sekian, terima kasih.

MUAT TURUN DI SINI : Surat makluman