Guru BesarSK / SJKC / SJKT / SRA
Daerah Hilir Perak.
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
MESYUARAT PENATARAN FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2016 PERINGKAT NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita
dimaklumkan, Lembaga Peperiksaan akan melaksanakan format baharu Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah pada Tahun 2016. Oleh itu, satu mesyuarat di
peringkat Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Oktober 2015 (Selasa) | Subjek Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
21 Oktober 2015 (Rabu) | Subjek Matematik & Sains
22 Oktober 2015 (khamis) | Subjek Bahasa Cina & Bahasa Tamil
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Sila Rujuk Lampiran
3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan perlu menghantar seorang guru bagi setiap subjek UPSR yang diajar pada tahun 2016. Untuk makluman tuan, Surat Panggilan Mesyuarat, Lampiran (Tempat Mesyuarat) dan Jadual Mesyuarat tersebut telah pun dipos ke setiap Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak.
4. Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi En. Mustaqim bin Derani, Penyelia Penilaian dan Peperiksaan di talian 05-6221970 sambungan 192 atau 011-29062333.
Kerjasama tuan menjayakan program di atas amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
JADUAL MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx | [ ] | 14 kB |
LAMPIRAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx | [ ] | 15 kB |
SURAT PGGILAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.pdf | [ ] | 514 kB |