5 March 2015

ANALISIS GAGAL SILANG MP BAHASA MELAYU DAN SEJARAH SPM 2014 ...


Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Analisis Gagal Silang mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah murid tidak layak dapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dan analisis gagal silang mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) Tingkatan Empat 2014

Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak sedang mengumpul maklumat dan isu berbangkit bertujuan merangka program penambahbaikan yang akan dilaksanakan kepada calon SPM (2015) berdasarkan keputusan SPM yang baru lalu.

Justeru bersama ini disertakan borang analisis seperti di atas untuk perhatian dan tindakan tuan. Pihak tuan boleh menambah bilangan baris jika tidak mencukupi.

Mohon jasa baik tuan untuk melengkapkan borang tersebut dan hantar kepada norazamjnjk@gmail.com (softcopy) pada atau sebelum 11 Mac 2015 dengan menggunakan Kod Sekolah.


Sekian dan terima kasih

MUAT TURUN DI SINI : BORANG GAGAL SILANG