20 April 2015

VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0 TAHUN 2015

20/04/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0 TAHUN 2015
Perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian.

2.        Dimaklumkan tarikh akhir Saringan 1 (Bertulis) LINUS 2.0 telah pun tamat pada 17 April  2014 dan tarikh pengisian data dalam portal NKRA LINUS 2.0 bermula pada : 20 April 2015.
3.    Pihak JPN Perak telah  menetapkan tarikh Verifikasi Saringan 1 Peringkat Negeri Perak pada 7 Mei 2015.
4.    Sehubungan itu, Verifikasi Saringan 1 Linus 2015 Peringkat Daerah Hilir Perak akan diadakan pada  :   24 APRIL 2015 (JUMAAT) Jam 3.00 petang  di lokasi-lokasi berikut:
    
4.1     Sekolah Kelompok 1 dan 2  di PKG Langkap
4.2     Sekolah Kelompok 3 dan 4 di Pusat Sumber, SJKC Chong Min
4.3     Sekolah Kelompok 5 dan 6 di PKG Hutan Melintang
4.4     Sekolah Kelompok 7 dan 8 di PKG Selekoh   
5.    Mohon seorang Penyelaras LINUS sekolah untuk hadir pada tarikh tersebut dengan membawa maklumat di bawah:
5.1    Keputusan Saringan 1 Dalam Portal NKRA (dicetak dan disahkan oleh Guru Besar
5.2    Borang Tapak Data Saringan 1 LINUS 2.0 dimuat turun di lampiran dan dilengkapkan (Hardcopy)). Semua tapak verifikasi yang telah lengkap hendaklah juga dihantar melalui e-mel sebelum atau pada 24 APRIL 2015 seperti ketetapan yang berikut :
  
Bil.    Kelompok Sekolah    Nama Pegawai                  E-mel
1.    K1 dan K2    Pn. Norlaila Binti Mohd                    norlaila322.nm@gmail.com 
2.    K3 dan K4    Pn. Hasmah Binti Usman                  hasmahu@yahoo.com
3.    K5 dan K6    En. Mohd Norhaffiz b. Noor Aini     cekguhaffiz@gmail.com
4.    K7 dan K8    En. Navin Dave A/L Sreenivasan     mcity556@yahoo.com.my
5.3    Maklumat yang dihantar di dalam tapak verifikasi  perlu mengikut spesifikasi  di bawah;-
                a) Tulisan arial font 11
                b) Satu murid satu baris (excel) 
                c) Menggunakan huruf kecil

6.         Justeru, mohon kerjasama pihak tuan untuk mengambil tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas. Sebarang masalah dan kemusykilan sila hubungi Pegawai Fasilinus, En Ahmad Nazamudin b. Abi Madian di talian 013 4895411 atau Abdul Nasser b. Abdul Majeed 0195704675.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN :  Borang Pengisian