6 April 2015

TUNTUTAN PERJALANAN MENDUDUKI UJIAN KECEKAPAN BAHASA MELAYU (UKBM) NEGERI PERAK TAHUN 2015

Semua Calon
Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM)
Daerah Hilir Perak

Tuan/Puan,

TUNTUTAN PERJALANAN MENDUDUKI UJIAN KECEKAPAN BAHASA MELAYU (UKBM) NEGERI PERAK TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan/puan.

2.    Dimaklumkan semua tuntutan perjalanan menduduki ujian tersebut yang lengkap hendaklah dihantar kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) sebelum atau pada 20 April 2015. Semua tuntutan perjalanan calon akan dihantar terus ke Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 25 April 2015.

3.    Berikut adalah senarai semak yang berkaitan dengan tuntutan perjalanan iaitu :

3.1.    Kenyataan Tuntutan Perjalanan ‘Lampiran A’.

3.2.    Borang menggunakan kenderaan sendiri.

3.3.    Resit Asal Bayaran Sewa Hotel (Jika Berkaitan).

3.4.    Resit Asal Bayaran Tol.

3.5.    Salinan Muka Depan Buku Bank.

3.6.    Surat Panggilan Menduduki Ujian dan Senarai Nama Calon
    (sila highlight nama pada senarai nama calon)

* Semua dokumen perlu diasahkan oleh ketua jabatan *

4.    Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) ditalian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.