9 March 2015

RUMUSAN PENGESAHAN PERMOHONAN KWAPM (MURID DARJAH 1, TINGKATAN 1 DAN MURID CICIR) ...

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak
(u.p: PK HEM, Guru Kanan HEM, Guru KWAPM)

Tuan

RUMUSAN PENGESAHAN PERMOHONAN KWAPM (MURID DARJAH 1, TINGKATAN 1 DAN MURID CICIR) SECARA ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN(APB).

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Mengikut surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BKEW/BT)1900-0Jld.5(2) bertarikh 4 Februari 2015, ada meyatakan bahawa Sistem APB KWAPM bagi Zon negeri Perak     akan dibuka untuk kunci masuk(key-in) bagi permohonan sekolah-sekolah dan pengesahan permohonan pengetua/guru besar bermula dari 22 Februari 2015     hingga 28 Februari 2015(7 hari). Namun surat terkini KP(BKEW/BT)1900-0Jld.5(4) bertarikh 4 Mac 2015 telah melanjutkan tempoh tersebut ke 21Mac 2015(Sabtu).

2.Sekolah-sekolah yang masih belum berjaya membuat pengesahan permohonan dinasihatkan     supaya sentiasa membuka laman sesawang APB KWAPM dan cuba membuat pengesahan sehingga berjaya. Tuan juga dinasihatkan supaya sentiasa mengemaskini maklumat murid dalam APDM. Sebarang masalah teknikal seperti gagal membuat pengesahan dan yang seumpama dengannya bolehlah menghubungi En. Sahdeli b. Md. Shah ditalian 03-88843784 atau Pn. Siti Zauyah bt. Razali ditalian 03-88847647. Bagi masalah APDM pula boleh lah menghubungi Pn. Masitah Mohsin ditalian 03-88843657.

3.Untuk melihat status pengesahan pengetua/guru besar dan surat tempoh lanjutan permohonan KWAPM di atas talian, sila klik di lampiran.
       
Sekian, terima kasih

LAMPIRAN : Pengesahan KWAMP Mac 2015