5 March 2015

ANUGERAH 3K DAERAH 2015

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.


Tuan,

ANUGERAH 3K ( KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN )   PERINGKAT DAERAH 2015                                                   
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Anugerah ini terbuka kepada semua sekolah di daerah Hilir Perak. Pihak sekolah yang berminat untuk menyertai anugerah ini perlu memaklumkan penyertaan kepada En. Muhammad Yusuf bin Zakaria ( Penyelia HEM ) sebelum 13 Mac 2015.

3. Anugerah 3K peringkat negeri Perak akan berlangsung pada bulan April  manakala peringkat kebangsaan pada bulan Mei 2015. 

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.