22/04/2015
Guru Besar,SK/ SJKC/ SJKT
Tuan,
PENANGGUHAN TARIKH VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0 TAHUN 2015
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan pihak tuan.
2. Untuk makluman pihak tuan, tarikh asal Program Verifikasi LINUS 2.0 Saringan 1 2015 adalah pada 24 April 2015 (Jumaat) di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, program tersebut terpaksa ditunda atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.
3. Sehubungan dengan itu, program tersebut akan dijalankan mengikut ketepan yang berikut:
Tarikh : 28 April 2015 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : PKG Langkap (Kelompok 1 dan 2)
SJKC Chong Min (Kelompok 3 dan 4)
PKG Hutan Melintang ( Kelompok 5 dan 6)
PKG Selekoh ( Kelompok 7 dan 8)
Peserta : Penyelaras LINUS Sekolah masing-masing.
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau makluman, sila berhubung dengan
En.Abdul Naseer bin Hj.Abdul Majeed di talian 019-5704567.
Kerjasama serta tindakan tuan amat dihargai .
Sekian, terima kasih.