Guru Besar,
SK/SJKC/ SJKT/SABK,
Daerah Hilir Perak
Tuan,
PELAKSANAAN UJIAN PRA PROTIM MATEMATIK TAHUN 4, 2015
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan, Ujian Pra ProTiM Tahun 4, 2015 akan dilaksanakan serentak di semua daerah pada 13 hingga 17 April 2015 dengan sedikit penambahbaikan dan hanya murid Tahun 4 yang memenuhi kriteria sahaja yang layak menduduki ujian tersebut. Kriteria pemilihan murid yang layak menduduki ujian tersebut hendaklah dirujuk kepada Kertas Panduan Pelaksanaan ProTiM (dilampirkan dalam attachment di bawah).
3. Ujian Pra ProTiM dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan 3M murid.Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memastikan pelaksanaan ujian tersebut dapat dijalankan mengikut tarikh dan pemilihan kriteria murid yang telah ditetapkan. Dokumen dan instrumen berkaitan pelaksanaan Ujian PraProTiM Tahun 4 seperti senarai berikut boleh dimuat turun melalui attachment di bawah.
4.1 Kertas Panduan Pelaksanaan Program Kemahiran Mengira (ProTiM) Tahun 4, 2015
4.2 Carta Aliran Pelaksanaan ProTIM M3 2015
4.3 Instrumen Ujian Pra ProTiM Tahun 4 (2015) Edisi SK, SJKC dan SJKT, 2015
4.4 Borang Rumusan ProTiM Tahun 4 (Analisis data perlu diisi dalam Borang 1 dan Borang 2)
4.5 Modul ProTiM 2015 (Edisi 3) untuk pelaksanaan kelas ProTiM
CATATAN : Instrumen Ujian Pasca ProTim akan dimuatnaik dalam portal JPN Perak pada 20 Julai 2015.
Ujian Pasca PROTIM akan dilaksanakan pada 3 - 7 Ogos 2015.
PERINGATAN : MURID YANG LAYAK DAN AKAN MENDUDUKI UJIAN PASCA PROTIM ADALAH MURID YANG TIDAK MELEPASI UJIAN PRAPROTIM DAN MENGIKUTI KELAS PROTIM SAHAJA.
5. Semua instrumen Ujian Pra ProTiM Tahun 4 adalah dianggap sebagai ‘SULIT’ dan perlu disimpan di tempat yang sesuai. Analisis data ujian yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada Penolong PPD (Sains & Matematik) sebelum atau pada 24 April 2015 (softcopy dan hardcopy). Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Zam Ma'mur bin Misran (Pen. PPD Sains & Matematik) , di talian 05-6221970 sambungan 148 atau 019-209 8567.
Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik
LAMPIRAN
(BC) Ujian PraProTiM Tahun 4(2015).pdf | [ ] | 181 kB |
(BM - Panduan) Ujian PraProTiM Tahun 4(2015).pdf | [ ] | 126 kB |
(BM) Ujian PraProTiM Tahun 4 (2015).pdf | [ ] | 106 kB |
(BT) Ujian PraProTiM Tahun 4 (2015).pdf | [ ] | 211 kB |
Borang Rumusan PROTIM Tahun 4 2015.xlsx | [ ] | 29 kB |
Carta Aliran ProTiM 2015.doc | [ ] | 46 kB |
Kertas Panduan ProTiM.pdf | [ ] | 207 kB |
Modul Protim 2015 (Edisi 3).pdf | [ ] | 3513 kB |