27 April 2015

PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH KPM 2015

27/05/2015


Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan

PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk dan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BPSHSPKD)602/10 Jld.2(7) bertarikh 4 Mac adalah berkaitan untuk makluman dan tindakan tuan.

2.    Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta menggunakan sistem SPKS online untuk membuat penarafan keselamatan sekolah masing-masing. Pihak sekolah hendaklah mengisi dan melengkapkan instrumen keselamatan tersebut bermula pada 1 April 2015  dan berakhir pada 30 April 2015. Sistem ini boleh diperolehi melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/spks bagi mendapatkan panduan pengguna dan paparan sistem tersebut.

3.     Setakat 26 April 2015 sebanyak 64 sekolah rendah dan 8 sekolah menengah daerah Hilir Perak telah berjaya melengkapkan pengisian instrumen keselamatan tersebut . 19 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah telah berjaya melengkapkan bahagian ”Isu dan Pemasalahan”

4.    Sekiranya ada sebarang masalah seperti lupa kata laluan dan sebagainya bolehlah menghubungi Hj. Nur Khuzaizi b. Hj. Md. Yusoff ditalian 0165315349.

5.    Untuk melihat status pengisian Instrumen Keselamatan secara online sekolah tuan setakat 22 April 2015 sila klik di lampiran.

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN Status Pengisian