13 April 2015

PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS) SECARA ONLINE...


Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan

PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH (PKS) SECARA ONLINE DI SEMUA SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk dan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BPSHSPKD)602/10 Jld.2(7) bertarikh 4 Mac adalah berkaitan untuk makluman dan tindakan tuan.

2.    Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta menggunakan sistem SPKS online untuk membuat penarafan keselamatan sekolah masing-masing. Pihak sekolah hendaklah mengisi dan melengkapkan instrumen keselamatan tersebut bermula pada 1 April 2015  dan berakhir pada 30 April 2015. Sistem ini boleh diperolehi melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/spks bagi mendapatkan panduan pengguna dan paparan sistem tersebut.

3.     Setakat 12 April 2015 sebanyak 12 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah daerah Hilir Perak telah berjaya melengkapkan pengisian instrumen keselamatan tersebut . Namun demikian tuan adalah digalakkan mengisi juga catatan di bahagian ”Isu dan Pemasalahan”

4.    Untuk melihat status pengisian Instrumen Keselamatan secara online setakat 12 April 2015 serta contoh pengisian ”Isu dan Pemasalahan” sila klik di lampiran.

Sekian, terima kasih.


LAMPIRAN : Status Pengisian