Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.
Tuan,
MAKLUMAN KEJOHANAN MEMANAH SEKOLAH PERAK DAN JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN MEMANAH SEKOLAH PERAK 2015
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Perak akan diadakan pada 3 hingga 5 April 2015 di Kolej Vokasional, Teluk Intan mulai jam 9.00 pagi.
3. Sehubungan itu, tuan dijemput untuk menyaksikan kejohanan dan menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 5 April 2015 (Ahad).
Masa : 4.00 petang.
Tempat : Kolej Vokasional Teluk Intan.
Perasmian : Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak.
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menghadirkan diri ke program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
2 April 2015
MAKLUMAN KEJOHANAN MEMANAH SEKOLAH PERAK DAN JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN MEMANAH SEKOLAH PERAK 2015
11:21:00
Unknown