Semua Pengetua,
Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak
Tuan,
MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI DAERAH HILIR PERAK BIL. 1/ TAHUN 2015
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan mesyuarat seperti yang tersebut di atas akan diadakan pada:
Tarikh : 1 APRIL 2015 (Rabu)
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Bilik Gerakan SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak.
Pengerusi : Tn. Hj. Masri b. Suwarto
Pengetua SMK Seri Perak Teluk Intan.
3. Sehubungan itu, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak memohon jasa baik tuan untuk membenarkan Ketua Panitia Geografi sekolah tuan hadir ke mesyuarat seperti di atas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat.
Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak atau Wakil.
Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2015 (emel KP masing-masing/ geoandyou.com)
Perkara berbangkit dan maklum balas.(Lampiran 1)
Agenda Khas:
Pembentangan Analisis Keputusan Geografi SPM 2014 (Lampiran 2)
Headcount Geografi SPM 2015 (Lampiran 3)
Perbandingan TOV (PAT 2014) dengan Target 2015
Gred Purata Calon (GPC)
Pembentangan Analisis Keputusan Geografi STPM 2014 (Lampiran 4)
Headcount Geografi STPM 2015
Perancangan Program/aktiviti Panitia Tahun 2015 (CD 2015 diedarkan)
Hal-hal Lain
Ucapan penangguhan.
Sila muat turun bahan mesyuarat di lampiran di bawah. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Norazam b. Mat Isa (Pen. PPD Kurikulum-Kemanusiaan) di talian 05-6221970 sambungan 123/ 017-4277244).
Kerjasama pihak tuan dalam menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN : BAHAN MESYUARAT
25 March 2015
MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI DAERAH HILIR PERAK BIL. 1/ TAHUN 2015
11:28:00
Unknown