23 March 2015

MESYUARAT JK PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) DAERAH...

Pengetua
Sekolah Menengah  Daerah Hilir Perak.

Tuan,

MESYUARAT  JAWATANKUASA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU  (KHB) DAERAH  HILIR PERAK BILANGAN 1/2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2.    Sehubungan dengan  itu, Ketua Panitia Kemahiran Hidup Bersepadu dari sekolah tuan diminta hadir ke mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:

        Tarikh              : 30 Mac 2015 (Isnin)
        Masa                : 2.30 petang
        Tempat                        : Bilik Gerakan SMK Abdul Rahman Talib
        Pengerusi         : Pengetua SMK Abdul Rahman Talib
   

3.    Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

    3.1    Perutusan

        a. Pengerusi Panitia Daerah
        b. Pegawai Pendidikan Daerah /wakil

    3.2              Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang  lalu

    3.3              Perkara-perkara berbangkit dan maklum balas minit mesyuarat yang lepas

    3.4              Pembentangan/Isu/Laporan

        a.   Pengurusan PT3 dan Pentaksiran Sekolah
        b.   Perancangan Aktiviti Panitia 2015

    3.5    Hal-hal lain

4.         Sila bawa bersama-sama dua salinan soalan PT3 2014 mengikut pilihan sekolah masing-masing untuk tujuan pertukaran soalan dengan sekolah lain.. Sebarang pertanyaan sila hubungi       En. Sharifuddin bin Ali, Penolong PPD Vokasional dan Teknik di talian 019-5422801 atau        Pn. Arbaiyah bt. Basiran, Setiausaha Panitia KHB Daerah di talian 012-2572115.

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.