PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

PROGRAM PENDIDIKAN

AKAR 3.0 DAN i-THINK

DASAR KUALITI

PPD HILIR PERAK

FAEDAH BERSAMA

Sila rujuk portal Jabatan Pendidikan Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

20 May 2015

TAKLIMAT BERKAITAN GST KEPADA PEMBANTU TADBIR SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERAK

19/05/2015

Pengetua / Guru BesarSMK / SK / SJK(C) / SJK(T)
Daerah Hilir Perak

Tuan,

TAKLIMAT BERKAITAN GST KEPADA PEMBANTU TADBIR SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI PERAK

Dengan hormatnya, merujuk kepada surat JPN Perak J.Pend.Pk.(Kew)3536/Jld:IX(  ) bertarikh 13 Mei 2015 dirujuk untuk tindakan tuan.
2.         Dimaklumkan bahawa setiap sekolah diminta menghantar seorang Pembantu Tadbir sahaja yang terlibat secara langsung dalam pengurusan akaun sekolah ke taklimat tersebut.
3.           Sila buat pengesahan kehadiran kepada pegawai mengikut kawasan yang ditentukan sebelum atau pada Khamis 21 Mei 2015 tanpa gagal.
Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam urusan ini diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Attachments:
Download this file (Taklimat GST.rar)Taklimat GST.rar[ ]255 kB

KUTIPAN DATA PEMULIHAN KHAS DAN DATA IKAM BERAKHIR MEI 2015

Semua Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

Sehubungan dengan ini, mohon pihak tuan untuk melengkapkan data murid dan guru pemulihan khas mengikut format tahun 2014 . Data yang lengkap perlu dihantar kepada PPD Hilir Perak melalui alamat email dpemhip@yahoo.com pada atau sebelum 29 Mei 2015.
Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi En Hishammudin Bin Dahlan, Penolong PPD Pendidikan Khas, Unit Pengurusan Sekolah PPD Hilir Perak.
Sekian, terima kasih.
Attachments:
Download this file (DATA PEMULIHAN KHAS MULAI TAHUN 2015.pdf)DATA PEMULIHAN KHAS MULAI TAHUN 2015.pdf[ ]497 kB
Download this file (TAPAK DPEM IKAM 2015 (GURU ) versi 2.0 2015.xls)TAPAK DPEM IKAM 2015 (GURU ) versi 2.0 2015.xls[ ]554 kB

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP KSSR) SAINS DAN SEJARAH TAHUN 6-2015

18/05/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP KSSR) SAINS DAN SEJARAH TAHUN 6-2015

Dengan segala hormatnya, surat  Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (KP(IPG)8686/600/1/1-1 Jld.4 (51) yang bertarikh 6 Mac 2015 adalah berkaitan dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.      Dimaklumkan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (DSKP KSSR) Tahun 6-2015 Sains dan Sejarah akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

         2.1.   Tarikh                   : 20 dan 21 Mei 2015 (Rabu dan Khamis)
         2.2.   Masa           : 8:30 pagi hingga 4:30 petang
         2.3.   Tempat        : Bilik ICT SK Sultan Abdul Aziz
                                        (Sejarah)

                                      : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan
                                        (Sains – SJK)

                                      : Dewan Alamanda PPD Hilir Perak Induk
                                        (Sains – SK)

3.      Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan guru-guru yang berkenaan hadir tanpa gagal sepanjang kursus tersebut dijalankan. Selain itu, borang tuntutan perjalanan menghadiri kursus turut dilampirkan untuk tuntutan guru-guru berkenaan.

4.      Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) ditalian 05-6221970 sambungan 149 atau 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.
Attachments:
Download this file (BORANG TUNTUTAN.xls)BORANG TUNTUTAN.xls[ ]106 kB

PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU 2015

18/05/2015

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU 2015

Sukacita dimaklumkan, Perutusan Hari Guru Oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia boleh dimuat turun di website Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak di http://jpnperak.moe.gov.my/hariguru2015/ . Klik pada menu Perutusan Hari Guru untuk memuat turun perutusan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

6 May 2015

BENGKEL LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 MATA PELAJARAN : ...

06/05/2015
NAMA SEPERTI SENARAI LAMPIRAN
( PENTAKSIR KAWASAN )

Melalui :

PENGETUA
SMK/SBP/SABK/MRSM dan Agama
Negeri Perak


Tuan,

BENGKEL LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015
MATA PELAJARAN : ______________________________________________________________


Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.    Sehubungan dengan itu, tuan  dilantik sebagai fasilitator dan diminta hadir ke Mesyuarat seperti maklumat berikut:-

Tarikh    :    Seperti lampiran
Tempat    :    Seperti lampiran
Masa     :    8.00 pagi – 4.30 petang
           
3.    Tuan layak  membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaaan yang sedang berkuat kuasa sekarang.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN : Surat & bahan

MESYURAT LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 MATA PELAJARAN : .....

06/05/2015
NAMA SEPERTI SENARAI LAMPIRAN
(KETUA PENTAKSIR KAWASAN )

Melalui :

PENGETUA
SMK/SBP/SABK/MRSM dan Agama
Negeri Perak

Tuan,

MESYURAT LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015
MATA PELAJARAN  : _______________________________________________________________


Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.    Sehubungan dengan itu,  Sehubungan dengan itu, tuan diminta hadir ke Mesyuarat seperti maklumat berikut:-

Tarikh    :    Seperti lampiran
Tempat    :    Seperti lampiran
Masa     :    8.00 pagi – 4.30 petang


3.    Tuan layak membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN : Surat & Bahan

MESYURAT LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

06/05/2015
NAMA SEPERTI SENARAI LAMPIRAN

Melalui :

PENGETUA
SMK/SBP/SABK/MRSM dan Agama
Negeri Perak

Tuan,

MESYURAT LATIHAN PEMERIKSAAN ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2015 MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.    Sehubungan dengan itu,  tuan minta hadir ke program seperti dilampiran A dan B terkepil.

3.    Tuan layak membuat tuntutan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Surat & bahan

SKEMA JAWAPAN MOCK TEST 2 AMANJAYA GEMILANG UPSR 2015

06/05/2015
Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak
(SEPERTI SENARAI LAMPIRAN)

Tuan,
Dengan hormatnya, dimaklumkan perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Bersama-sama ini diserta skema jawapan MOCK TEST 2 Amanjaya Gemilang UPSR 2015 untuk panduan penandaan guru-guru di sekolah tuan

Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
                                                               

Sekian, terima kasih.

b.p Ketua Unit Pengurusan Akademik

LAMPIRAN : 
1. Senarai sekolah terlibat
2. Skema jawapan mock test2

5 May 2015

BORANG SOAL SELIDIK (POST TEST) PENGURUSAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015

BORANG SOAL SELIDIK (POST TEST)  PENGURUSAN PENTADBIRAN PRASEKOLAH DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Bersama-sama ini disertakan borang soal selidik (post Test)  untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Borang ini perlu di hantar selewat-lewatnya 5hb Mei 2015.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Norazlina bt Alias, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Prasekolah/Permata di talian 013-5196202/05-6221970 sambungan 166. 

Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS BACAAN YASIN/TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV

 05/05/2015
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Berasrama Negeri Perak

Tuan,

MAJLIS BACAAN YASIN/TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV, semua sekolah berasrama di negeri Perak dipohon mengadakan Majlis Bacaan Yasin/Tahlil dan Doa Selamat seperti ketetapan berikut :

                       Tarikh           :        7 Mei 2015 (Khamis)
                       Masa             :        Selepas maghrib
                       Tempat          :        Surau sekolah/asrama

3.       Bersama-sama ini disertakan doa khas dari Jabatan Agama Islam Perak untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

4.       Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam menjayakan urusan ini, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”