9 March 2015

MESYUARAT PENYELARASAN PERKHEMAHAN PASUKAN KRS DAN TKRS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

Pengetua & Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

MESYUARAT PENYELARASAN PERKHEMAHAN PASUKAN KRS DAN TKRS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti maklumat yang berikut :
    Tarikh      :    11 Mac 2015 (RABU)
    Masa        :    2.30 petang
    Tempat     :    Bilik Gerakan SM Sains Bagan Datoh.
                       
3. Agenda Mesyuarat :
         3.1     Ucapan Pengerusi
         3.2     Lantikan Ahli Jawatankuasa Pengelola
         3.3     Maklumat Pertandingan Peringkat Daerah
         3.4     Undang-undang dan Peraturan Perkhemahan
         3.5     Kewangan
         3.6     Hal-hal lain    

4. Sehubungan dengan itu, Penolong Kanan Kokurikulum dari sekolah tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Surat Panggilan