20 May 2015

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP KSSR) SAINS DAN SEJARAH TAHUN 6-2015

18/05/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP KSSR) SAINS DAN SEJARAH TAHUN 6-2015

Dengan segala hormatnya, surat  Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (KP(IPG)8686/600/1/1-1 Jld.4 (51) yang bertarikh 6 Mac 2015 adalah berkaitan dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.      Dimaklumkan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (DSKP KSSR) Tahun 6-2015 Sains dan Sejarah akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

         2.1.   Tarikh                   : 20 dan 21 Mei 2015 (Rabu dan Khamis)
         2.2.   Masa           : 8:30 pagi hingga 4:30 petang
         2.3.   Tempat        : Bilik ICT SK Sultan Abdul Aziz
                                        (Sejarah)

                                      : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan
                                        (Sains – SJK)

                                      : Dewan Alamanda PPD Hilir Perak Induk
                                        (Sains – SK)

3.      Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan guru-guru yang berkenaan hadir tanpa gagal sepanjang kursus tersebut dijalankan. Selain itu, borang tuntutan perjalanan menghadiri kursus turut dilampirkan untuk tuntutan guru-guru berkenaan.

4.      Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) ditalian 05-6221970 sambungan 149 atau 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.
Attachments:
Download this file (BORANG TUNTUTAN.xls)BORANG TUNTUTAN.xls[ ]106 kB