PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK

Jalan Maharajalela, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

PROGRAM PENDIDIKAN

AKAR 3.0 DAN i-THINK

DASAR KUALITI

PPD HILIR PERAK

FAEDAH BERSAMA

Sila rujuk portal Jabatan Pendidikan Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

PPD Hilir Perak

29 October 2015

PERINGATAN : TARIKH AKHIR LATIHAN LITERASI ICT SECARA DALAM TALIAN

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak berkenaan.

Tuan,

PERINGATAN : TARIKH AKHIR LATIHAN LITERASI ICT SECARA DALAM TALIAN

Perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Berdasarkan pemantauan secara atas talian pada 29 Oktober 2015 pukul 12.45 tgh hari, berikut adalah status terkini latihan literasi ICT secara atas talian bagi 186 peserta Daerah Hilir Perak yang diperolehi :

Berdaftar : 186
Belum Bermula : 7 (MOHON LOG IN SEBELUM 30 OKTOBER 2015)
Sedang Berjalan : 130 (MOHON SELESAIKAN SEBELUM 15 NOVEMBER 2015)
Telah selesai : 49 (Tahniah, sila jalankan peperiksaan (self essesment) secepat mungkin.

3. Bersama-sama ini dilampirkan senarai bilangan peserta yang belum memulakan latihan secara atas talian :

MOHON TINDAKAN SEGERA :

1. SK DATO' YAHYA SUBBAN - 1
2. SK SERI SETIA - 2
3. SJKT THIRUVALUVAR - 1
4. SMK RAJA MUDA MUSA - 1
5. SMK CONVENT - 1
6. SMK TUN ABDUL RAZAK - 1
4. Mohon kerjasama pihak tuan agar dapat memastikan guru-guru terlibat agar dapat memulakan latihan literasi atas talian dan bagi yang telah memulakan latihan literasi, mohon selesaikan sebelum 15 November 2015. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Muhammad Fadzli bin. Mat Zain (Penolong PPD ICT) di talian 013-5154850 ATAU Pn. Norlaila bt. Ishak di talian 019-512 5508

Sekian, terima kasih.

16 October 2015

PERINGATAN MESRA : INSTRUMEN PENGGUNAAN MODUL SOLAF, WAJA DAN LAIN-LAIN SEKOLAH RENDAH 2015

PERINGATAN MESRA : INSTRUMEN PENGGUNAAN MODUL SOLAF, WAJA DAN LAIN-LAIN SEKOLAH RENDAH 2015
Semua Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak.

Tuan,

Merujuk kepada perkara di atas, untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.
Diucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menghantar instrumen tersebut. Setakat ini hanya 30 buah sekolah yang telah menghantar instrumen tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan dimohon untuk memastikan instrumen tersebut dihantar kepada Setiausaha Panitia Matematik Sekolah Rendah, SK Sungai Lampam, no. faks 05-6217027 sebelum atau pada 23 Oktober 2015 (Jumaat).

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dialu-alukan. Terima kasih.
b.p Ketua Unit Pengurusan Akademik

MESYUARAT PENATARAN FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2016 PERINGKAT NEGERI PERAK

Guru BesarSK / SJKC / SJKT / SRA
Daerah Hilir Perak.

Tuan,
MESYUARAT PENATARAN FORMAT BAHARU UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2016 PERINGKAT NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan, Lembaga Peperiksaan akan melaksanakan format baharu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada Tahun 2016. Oleh itu, satu mesyuarat di peringkat Daerah Hilir Perak akan diadakan seperti ketetapan berikut :
                        Tarikh             : 20 Oktober 2015 (Selasa) | Subjek Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
                                               21 Oktober 2015 (Rabu)   | Subjek Matematik & Sains
                                               22 Oktober 2015 (khamis) | Subjek Bahasa Cina & Bahasa Tamil
                        Masa               : 8.00 pagi – 5.00 petang
                        Tempat           : Sila Rujuk Lampiran

3.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan perlu menghantar seorang guru bagi setiap subjek UPSR yang diajar pada tahun 2016. Untuk makluman tuan, Surat Panggilan Mesyuarat, Lampiran (Tempat Mesyuarat) dan Jadual Mesyuarat tersebut telah pun dipos ke setiap Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak.
4.         Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi En. Mustaqim bin Derani, Penyelia Penilaian dan Peperiksaan di talian 05-6221970 sambungan 192 atau 011-29062333.
Kerjasama tuan menjayakan program di atas amat dihargai.
Sekian,  terima kasih.

LAMPIRAN


Download this file (JADUAL MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx)JADUAL MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx[ ]14 kB
Download this file (LAMPIRAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx)LAMPIRAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.docx[ ]15 kB
Download this file (SURAT PGGILAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.pdf)SURAT PGGILAN MESY. PENATARAN FORMAT BAHARU UPSR 2016.pdf[ ]514 kB

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2015 TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN ITEM UJIAN BERTULIS

PENGETUA
SMK/SBP/SABK /MRSM/Agama dan Swasta
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2015 TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN ITEM UJIAN BERTULIS

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Ujian bertulis bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mula dilaksanakan pada 12, 13 dan 15 Oktober 2015. Penyelarasan pemeriksaan perlu dilaksanakan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan hasil kerja murid oleh guru adalah berpandukan Panduan Penskoran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

3. Sehubungan itu tuan/ puan diminta membenarkan Seorang Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp) dan 2 Guru Pentaksir Mata Pelajaran (GPMp) bagi mata pelajaran teras (BM, Math, B.Ing, Sains & P. Islam) dan seorang KPMp dan seorang GPMp untuk sabjek Kemahiran Hidup dan bahasa tambahan bertulis untuk hadir mengikut jadual dan surat panggilan seperti Lampiran yang disertakan.

4. Untuk makluman, setiap guru yang hadir ke taklimat penyelarasan tersebut dikehendaki membawa bersama perkara berikut:

4.I Sepuluh (10) sampel asal hasil kerja murid berdasarkan tiga aras pencapaian murid iaitu rendah, sederhana dan tinggi dengan nisbah 3:4:3.

4.2 Panduan Penskoran

4.3 Skrip Contoh

5. Kerjasama daripada pihak tuan / puan sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan  terima kasih.

Saya yang menurut perintah,
Hj. Mohamed Sapari b. Mohamed Arshad
Penolong PPD PBS
PPD Hilir Perak.
019 5757193

LAMPIRAN 
Download this file (surat panggilan pp peringkat daerah.pdf)surat panggilan pp peringkat daerah.pdf[ ]635 kB
Download this file (JADUAL PENYELARASAN PENSKORAN KBAT.xlsx)JADUAL PENYELARASAN PENSKORAN KBAT.xlsx[ ]10 kB



15 October 2015

PELAKSANAAN SISTEM SINGLE SIGN ON (SSO) UNTUK LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PELAKSANAAN SISTEM SINGLE SIGN ON (SSO) UNTUK LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Sukacita merujuk perkara di atas, surat siaran berkenaan perkara di atas boleh dimuat turun di ruangan attachments di bawah. Senarai Aplikasi yang terlibat dan manual pengguna untuk menggunakan SSO boleh dimuat turun di ruangan attachments di bawah.

Bersama ini juga dilampirkan surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pend.Pk.(ICT)1227/15/4Jld.7(38) bertarikh 9 Oktober 2015.

Sekian, terima kasih.

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

LAMPIRAN
Access this URL (http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_phocadownload&view=category&download=611:senarai-aplikasi-single-sign-on-sistem-pengurusan-sekolah&id=124:sistem-pengurusan-sekolah-sps&Itemid=138&lang=ms)Senarai Aplikasi SSO [ ] 0 kB
Access this URL (http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_phocadownload&view=category&download=610:surat-siaran-pelaksanaan-single-sign-on-sso-sistem-pengurusan-sekolah&id=124:sistem-pengurusan-sekolah-sps&Itemid=138&lang=ms)Surat Siaran KPM [ ] 0 kB
Access this URL (http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/index.php?option=com_phocadownload&view=category&download=612:manual-pengguna-single-sign-on-sistem-pengurusan-sekolah&id=124:sistem-pengurusan-sekolah-sps&Itemid=138&lang=ms)Manual Pengguna SSO [ ] 0 kB
Download this file (Surat Ke PPD Laksana SSO Okt2015.pdf)Surat Ke PPD Laksana SSO Okt2015.pdf[ ]115 kB

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Sejarah Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak Tahun 2015

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Sejarah Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak Tahun 2015

Tarikh    : 19, 20 dan 21 Oktober 2015
Tempat  : Dewan Cempaka, PPD
                Lama
Masa.    : 8.30 pagi hingga 5.00
                petang
Peserta  : Rujuk Lampiran

Nota: Guru yang hadir diminta membawa buku teks Sejarah dan DSKP Sejarah Tahun 4 dan 5, komputer riba, pendrive dan penyambung wayar.
Attachments:
Download this file (Surat Sejarah SR 2015.jpg)Surat Sejarah SR 2015.jpg[ ]1762 kB
Download this file (Jadual Kursus.jpg)Jadual Kursus.jpg[ ]1058 kB
Download this file (Senarai Guru.jpg)Senarai Guru.jpg[ ]791 kB

TAHNIAH DAN SYABAS : TUAN HAJI SULAIMAN BIN HAJI SAMSUDIN


Kami warga pendidikan daerah Hilir Perak mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Tn. Hj. Sulaiman bin Hj. Samsudin atas pelantikan sebagai Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak ke-17 berkuatkuasa 1 Oktober 2015. Pelantikan tuan ibarat sireh pulang ke gagang.

VERIFIKASI DATA SARINGAN 2 LINUS 2.0 2015

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah
Daerah Hilir Perak
Tuan,
Verifikasi Data Saringan 2 LINUS 2.0 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Pihak sekolah diminta memuat turun serta melengkapkan Borang Data Saringan 2 LINUS 2.0, 2015.
3.         Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diemail  kepada pegawai-pegawai berikut pada atau sebelum 23 Oktober 2015.
                                      i.        Puan Norlaila (norlaila322.nm@gmail.com)                        - Kelompok 1&2
                                     ii.        Tn.Hj Mohamed Huzori (huzori@yahoo.com)         - Kelompok 3&4
                                    iii.        En.Abdul Naseer (abdnasser67@yahoo.com)        - Kelompok 5&6
                                   iv.        En.Ahmad Nazamudin(ppdnaza@gmail.com)        - Kelompok 7&8
4.         Maklumat yang dihantar perlu mengikut spesifikasi di bawah:
a.    Tulisan Arial Font 11
b.    Satu murid satu baris (Excell)
c.    Menggunakan huruf kecil
5.         Maklumat yang perlu dihantar/ diemail kepada PPD Hilir Perak ialah:
                                      i.        Keputusan Dalam Portal NKRA (Hardcopy sahaja)
                                     ii.        Borang Pengisian Data Saringan 2 LINUS 2.0 (Hardcopy & softcopy)
6.         Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Attachments:
Download this file (borang pengisian data saringan 2.zip)borang pengisian data saringan 2.zip[ ]33 kB

PEMILIHAN PEMAIN SUKAN PEKDIS DAERAH HILIR PERAK

Kepada,
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Daerah Hilir Perak

PEMILIHAN PEMAIN SUKAN PEKDIS DAERAH HILIR PERAK

Sukan PEKDIS Negeri dijangka akan diadakan pada 7 & 8 Nov 2015 bertempat di Manjung.

Sehubungan dengan itu, satu pemilihan pemain seperti berikut: 1. Acara Badminton kategori lelaki dan perempuan.
Tarikh : 17 Oktober 2015
Tempat : Dewan SM Abdul Rahman Talib
Masa : 8.30 pg

2. Acara Boling Tenpin kategori lelaki dan perempuan
Tarikh : 18 Oktober 2015
Tempat : Ocean Boling Manjung
Masa : 10.30 pg

Oleh itu, mohon kerjasama tuan untuk memaklumkan perkara di atas kepada semua Guru Pendidikan Islam sekolah tuan untuk tindakan mereka. Segala urusan sila hubungi Pn Hajah Tijah bt Shamsuddin ( 019 5259160 ).

Sekian Terima Kasih.

3 August 2015

LIRIK LAGU PERAK EXCELLENT