5 May 2015

MAJLIS BACAAN YASIN/TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV

 05/05/2015
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Berasrama Negeri Perak

Tuan,

MAJLIS BACAAN YASIN/TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV, semua sekolah berasrama di negeri Perak dipohon mengadakan Majlis Bacaan Yasin/Tahlil dan Doa Selamat seperti ketetapan berikut :

                       Tarikh           :        7 Mei 2015 (Khamis)
                       Masa             :        Selepas maghrib
                       Tempat          :        Surau sekolah/asrama

3.       Bersama-sama ini disertakan doa khas dari Jabatan Agama Islam Perak untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

4.       Kerjasama yang pihak tuan berikan dalam menjayakan urusan ini, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”