17 March 2015

MESYUARAT SEMAKAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR UNTUK SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEKOLAH NEGERI PERAK 2015

Semua Guru Besar,
SK / SJKC / SJKT/ SR AGAMA
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

MESYUARAT SEMAKAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN UPSR UNTUK SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEKOLAH NEGERI PERAK 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Semakan Pendaftaran UPSR untuk Setiausaha Peperiksaan UPSR Negeri Perak 2015 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

        Tarikh    : 25 Mac 2015 (Rabu)
        Masa    : 8.30 pagi – 5.00 petang
        Tempat    : Grand Kampar Hotel, 2188, Jalan Timah, Bandar Baru Kampar, 31900 Perak
                         
3.     Sehubungan itu, Setiausaha Peperiksaan UPSR sekolah tuan diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut.

4.     Surat panggilan mesyuarat serta Jadual mesyuarat boleh dimuat turun pada bahagian lampiran di bawah. Mohon kerjasama Setiausaha Peperiksaan untuk membawa perkara seperti yang dinyatakan pada surat panggilan mesyuarat tersebut.

5.    Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi En. Mustaqim bin Derani, Penyelia Penilaian dan Peperiksaan di talian 05-6221970 sambungan 192 atau 011-29062333.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Surat dan Jadual