20 April 2015

PELAKSANAAN KURSUS DALAMAN BAGI PENYEBARAN DSKP KSSR TAHUN 6 2015

 20/04/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

PELAKSANAAN KURSUS DALAMAN BAGI PENYEBARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHUN 6-2015

Dengan segala hormatnya, surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pen.Pk(AM)5110/50/Jld.9(30) yang bertarikh 17 April 2015 adalah berkaitan dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.    Dimaklumkan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 6-2015 Daerah Hilir Perak sedang berlangsung mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk melaksanakan kursus dalaman bagi penyebaran kursus tersebut kepada semua guru di sekolah tuan. Kursus dalaman tersebut disampaikan oleh guru yang menghadiri kursus tersebut.

4.     Justeru, empat kursus dalaman hendaklah dilaksanakan iaitu DSKP KSSR Matematik, Pendidikan Kesihatan, Reka Bentuk dan Teknologi, dan Pendidikan Seni Visual. Semua kursus dalaman tersebut hendaklah dijalankan sebelum 30 April 2015.

5.     Laporan hendaklah dihantar sebelum atau pada 11 Mei 2015 kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) mengikut format pelaporan yang dilampirkan.

6.    Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) ditalian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.



LAMPIRAN : Bahan