20 April 2015

LAPORAN PRAPROTiM BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 DAN 5...

20/04/2015 
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

LAPORAN PRAPROTiM BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 DAN 5 DAERAH HILIR PERAK TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pelaksanaan Ujian PraProTiM Bahasa Malaysia telah dijalankan mulai 12 hingga 17 April 2015 di semua sekolah rendah di Negeri Perak.

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan memastikan Ketua Panitia Bahasa Malaysia sekolah tuan melengkapkan borang skor yang dilampirkan (rujuk lampiran) dan secara atas talian di portal JPN Perak.

4.    Semua tindakan para 3 hendaklah diambil tindakan sebelum atau pada 24 April 2015. Borang skor yang lengkap hendaklah dihantar kepada En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah).

5.    Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) di talian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Borang SKOR PROTiM