5 March 2015

PERINGATAN PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI DI SEKOLAH

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.


Tuan,

PERINGATAN PROGRAM PENCEGAHAN DENGGI DI  SEKOLAH                                                    
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Kebelakangan ini, negara kita mengalami peningkatan yang mendadak dan membimbangkan terhadap penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah.

3. Bersama-sama ini disertakan surat siaran Peringatan Program Pencegahan Denggi bertarikh 12 Februari 2015 untuk perhatian dan tindakan tuan. Tuan adalah dipohon mengaktifkan semula tindakan yang ditetapkan dalam surat-surat siaran KP(BPSH-SPKIA)701/07(9) bertarikh 10 Julai 2014 dan KP(BPSH-SPKIA)701/07(25) bertarikh 16 Julai 2014.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


MUAT TURUN LAMPIRAN : surat siaran program