9 March 2015

MESYUARAT JK PENGELOLA PERKHEMAHAN PASUKAN KRS DAN TKRS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak
(Seperti lampiran 1)

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERKHEMAHAN PASUKAN KRS DAN TKRS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2015
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2.    Berhubung dengan perkara di atas, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama SM Sains Bagan Datoh akan menganjurkan Perkhemahan Pasukan KRS dan TKRS peringkat daerah yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut  

        Tarikh    : 28 – 30 Mac 2015
        Masa    : 2.30 petang ( Pendaftaran ) 
        Tempat    : SM Sains Bagan Datoh.                       
                       
3.    Sehubungan dengan itu, guru/pegawai sekolah tuan (seperti lampiran 1) dilantik sebagai urus setia / jurulatih dan diminta bertugas sepanjang program tersebut. Oleh yang demikian, pegawai berkenaan diminta menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perkhemahan KRS dan TKRS mengikut butiran di bawah:
        Tarikh    : 12 Mac 2015
        Masa    : 2.30 petang
        Tempat    : SM Sains Bagan Datoh.                       

4.      Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mustafa Kamal bin Mohd Danan, Penyelia Kokurikulum PPD Hilir Perak di talian 019-5122968.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Surat Penggilan