11 March 2015

JEMPUTAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KBP SEKOLAH MENENGAH 2015 ...

Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK 2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Balapan Dan Padang Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak akan diadakan pada 10 hingga 12 Mac 2015 di Stadium Sabak Bernam, Selangor mulai jam 8.00 pagi.

3.    Sehubungan itu, tuan dijemput untuk menyaksikan kejohanan dan menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kejohanan tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:

    Tarikh    :  12 Mac 2015 (Khamis)
    Masa    :  4.00 petang.
    Tempat    :  Stadium Sabak Bernam, Selangor.
    Perasmian Penutupan    : YB Dato’ Dr. Muhammad Amin bin Zakaria
                Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
                Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar
                Dan Teknologi Hijau Negeri Perak.
                Merangkap ADUN Batu Kurau,
    Pendaftaran        :  3.45 petang.
    Pakaian            :  Sukan atau Korporat.

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menghadiri majlis ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.