18 March 2015

TAHNIAH DAN SYABAS : KONTIJEN BOLA TAMPAR MSSD HILIR PERAK 2015

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak,

Tuan,

UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KONTINJEN BOLA TAMPAR MSSD HILIR PERAK DI KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa  Pasukan Bola Tampar Perempuan 12 tahun, Pasukan Bola Tampar Lelaki 12 tahun dan  Pasukan Bola Tampar Lelaki 18 tahun   telah muncul sebagai naib johan manakala pasukan Bola Tampar Perempuan 18 tahun telah menduduki tempat keempat di Kejohanan Bola Tampar Sekolah-Sekolah peringkat negeri Perak yang telah diadakan di  Kampar, Perak pada  13 hingga 16 Mac 2015.

2.   Sehubungan dengan itu, ucapan TAHNIAH DAN SYABAS kepada pasukan Daerah Hilir Perak atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan tersebut akan memberi rangsangan, motivasi dan semangat kepada pasukan yang lain untuk mencipta kejayaan.