20 March 2015

MESYUARAT PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN DAERAH HILIR PERAK BIL. 1/2015

Pengetua
Sekolah Menengah  Daerah Hilir Perak.
(Seperti Lampiran 1)

Tuan,

MESYUARAT  PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN  DAERAH  HILIR PERAK BIL. 1/2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2. Sehubungan dengan  itu, Ketua Panitia Prinsip Perakaunan dari sekolah tuan diminta hadir ke mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:

    Tarikh              : 25 Mac 2015 (Rabu)
    Masa                : 2.30 petang
    Tempat                        : Bilik Horley, SMK Horley Methodist, Teluk Intan
    Pengerusi         : Penolong Kanan Pentadbiran  SMK Horley Methodist

3.  Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

    3.1 Perutusan
    a. Pengerusi Panitia Daerah
    b. Pegawai Pendidikan Daerah /wakil

    3.2 Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat yang  lalu
   
    3.3 Perkara-perkara berbangkit dan maklum balas minit mesyuarat yang lepas
    
    3.4 Pembentangan/Isu/Laporan
    a. Analisis dan post mortem keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014
    b. Head count dan penetapan target SPM 2015         
    c. Perancangan Aktiviti Panitia 2015
   
    3.5. Hal-hal lain

4.    Sila bawa bersama-sama laporan post mortem Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM 2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sharifuddin bin Ali, Penolong PPD Vokasional dan Teknik di talian 019-5422801.

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

LAMPIRAN : Lampiran 1A