6 March 2015

AGIHAN BUKU TEKS 2015

Guru Besar SK dan SJKC
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak.

Tuan,

AGIHAN BUKU TEKS 2015
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk makluman dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bekalan buku teks baharu telahpun diterima daripada daerah Kerian bagi menampung kekurangan buku teks di daerah Hilir Perak. Semua guru SPBT dipohon untuk mengambil buku teks tersebut sekiranya masih mengalami masalah kekurangan buku teks di sekolah masing-masing pada ketetapan berikut :

                    Tarikh     : 10 Mac 2015 ( Selasa )
                    Masa       : 3.00 petang
                    Tempat     : BOSD SK Kg. Bahagia

3.  Bekalan buku teks untuk SJKT masih dalam proses dan akan dimaklumkan sekiranya usaha tersebut telah berjaya.

4.  Pihak tuan juga dipohon mengemaskini data ebulkspbt setelah proses tersebut selesai. Segala pertanyaaan sila hubungi En. Muhammad Yusuf bin Zakaria (  Penyelia HEM ) di talian 019-4375398 atau Tn. Hj. Kamal Azhar bin Sulaiman ( Penyelia BOSD SK Kg. Bahagia ) di talian 013-5989296

Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.