1 April 2015

DAPATAN DAN RUMUSAN BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN VLE ADMIN SEKOLAH (HEBAHAN KE-2)

Kepada Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Tuan/Puan,

DAPATAN DAN RUMUSAN BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN VLE ADMIN SEKOLAH (HEBAHAN KE-2)

Berhubung dengan perkara di atas, bersama-sama ini dilampirkan bahan dan dapatan rumusan bengkel yang diadakan di lima lokasi. Mohon semua Pengetua dan Guru Besar mengambil tindakan berdasarkan dapatan dan rumusan minit curai semasa perbengkelan :

Pengetua dan Guru Besar perlu memastikan ADMIN VLE telah mengambil tindakan-tindakan berikut :

1. Mengemaskini dashboard sekolah.
2. Pengaktifan 100% ID 1Bestarinet guru dan murid pada/sebelum 31 Mac 2015.
3. Pengaktifan 70% ID 1Bestarinet Ibu Bapa sehingga Bulan Oktober 2015.
4. Pelaksanaan LADAP di Peringkat sekolah. (rujuk minit curai) dan buat laporan LADAP.
5. Membuat laporan pengaktifan ID guru, murid dan ibu bapa dengan membuat print screen  Analytics.
6. Melaksanakan Penilaian Kendiri dengan menggunakan instrumen Pemantauan Frog VLE (bersama Pengetua dan Guru Besar).

Perkara yang perlu dihantar pada/sebelum 01 April 2015 :
1. Borang Penilaian Kendiri (yang telah disahkan oleh PGB)
2. Laporan LADAP
3. Print Screen Analytics.

Sila hantar kepada Pegawai PPD berserta surat iringan :

Untuk perhatian :
En. Sharifuddin bin Ali
PPPD Vokasional dan Teknik (Menengah)
Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

Sekian, Terima kasih
LAMPIRAN : Bahan berkaitan