5 March 2015

KEJOHANAN DAN PERASMIAN KBPSSR 2015

Semua Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
Tuan,
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SERTA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK 2015
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak akan diadakan pada 9 Mac 2015 di Stadium Sabak Bernam, Selangor mulai jam 8.00 pagi.
3.         Sehubungan itu, tuan dijemput untuk menyaksikan kejohanan dan menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:
            Tarikh              :           9 Mac 2015 (Isnin)
            Masa              :           8.00 pagi.
            Tempat           :           Stadium Sabak Bernam, Selangor.
            Perasmian     :           Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menghadiri majlis ini amat dihargai.