16 October 2015

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2015 TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN ITEM UJIAN BERTULIS

PENGETUA
SMK/SBP/SABK /MRSM/Agama dan Swasta
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2015 TAKLIMAT PENYELARASAN PENSKORAN ITEM UJIAN BERTULIS

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Ujian bertulis bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mula dilaksanakan pada 12, 13 dan 15 Oktober 2015. Penyelarasan pemeriksaan perlu dilaksanakan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan hasil kerja murid oleh guru adalah berpandukan Panduan Penskoran yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

3. Sehubungan itu tuan/ puan diminta membenarkan Seorang Ketua Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp) dan 2 Guru Pentaksir Mata Pelajaran (GPMp) bagi mata pelajaran teras (BM, Math, B.Ing, Sains & P. Islam) dan seorang KPMp dan seorang GPMp untuk sabjek Kemahiran Hidup dan bahasa tambahan bertulis untuk hadir mengikut jadual dan surat panggilan seperti Lampiran yang disertakan.

4. Untuk makluman, setiap guru yang hadir ke taklimat penyelarasan tersebut dikehendaki membawa bersama perkara berikut:

4.I Sepuluh (10) sampel asal hasil kerja murid berdasarkan tiga aras pencapaian murid iaitu rendah, sederhana dan tinggi dengan nisbah 3:4:3.

4.2 Panduan Penskoran

4.3 Skrip Contoh

5. Kerjasama daripada pihak tuan / puan sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan  terima kasih.

Saya yang menurut perintah,
Hj. Mohamed Sapari b. Mohamed Arshad
Penolong PPD PBS
PPD Hilir Perak.
019 5757193

LAMPIRAN 
Download this file (surat panggilan pp peringkat daerah.pdf)surat panggilan pp peringkat daerah.pdf[ ]635 kB
Download this file (JADUAL PENYELARASAN PENSKORAN KBAT.xlsx)JADUAL PENYELARASAN PENSKORAN KBAT.xlsx[ ]10 kB