24 April 2015

PELAKSANAAN ‘MOCK TEST 2’ PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR DAERAH HILIR PERAK 2015

24/04/2015
Guru Besar
Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak
(seperti senarai lampiran)

Tuan,

PELAKSANAAN ‘MOCK TEST 2’ PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR DAERAH HILIR PERAK 2015

Dengan hormatnya, dimaklumkan perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

Sehubungan dengan itu, tuan/wakil tuan dikehendaki hadir untuk mengambil naskah ‘mock test 2’ tersebut seperti ketetapan berikut:

           Tarikh    : 24 April 2015 (Jumaat)
           Masa      :  3.00 petang -  5.00 petang
           Tempat  : Dewan Alamanda , PPD Hilir Perak

Untuk pengetahuan pihak tuan, ujian ini perlu dilaksanakan pada 27 April 2015 hingga 30 April 2015. Bersama-sama ini disertakan jadual pelaksanaan ujian dan surat kuasa pelan tindakan mock test untuk tindakan dan perhatian pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi. Puan Norshamsiah bt. Hassan Basri, Penolong PPD Kurikulum Bahasa di talian 012-4340753.

Kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
                                                               
Sekian, terima kasih


LAMPIRAN : Bahan Rujukan