13 April 2015

MESYUARAT PANITIA EKONOMI ASAS DAERAH HILIR PERAK BIL. 1/2015

Pengetua
Sekolah Menengah  Daerah Hilir Perak. (Seperti Lampiran 1)

Tuan,

 MESYUARAT  PANITIA EKONOMI ASAS  DAERAH  HILIR PERAK BIL. 1/2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2.         Sehubungan dengan  itu, Ketua Panitia Ekonomi Asas dari sekolah tuan diminta hadir ke mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:

            Tarikh              : 16 April 2015 (Khamis)
            Masa                : 2.30 petang
            Tempat                        : Bilik Gerakan, SMK Seri Muara
            Pengerusi         : Pengetua SMK Seri Muara

3.         Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
3.1              Perutusan
a. Pengerusi Panitia Daerah
b. Pegawai Pendidikan Daerah /wakil
3.2              Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang  lalu
3.3              Perkara-perkara berbangkit dan maklum balas minit mesyuarat yang lepas
3.4              Pembentangan/Isu/Laporan
a.    Analisis dan post mortem keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014
b.   Head count dan penetapan target SPM 2015         
c.    Perancangan Aktiviti Panitia 2015
3.5              Hal-hal lain

4.         Sila bawa bersama-sama laporan post mortem Mata Pelajaran Ekonomi Asas SPM 2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sharifuddin bin Ali, Penolong PPD Vokasional dan Teknik di talian 019-5422801 atau Pn. Siti Hawa bt Yunus Setiausaha Panitia Ekonomi Asas Daerah di talian 019-5758964

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
LAMPIRAN : Lampiran 1 EA2015