27 April 2015

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI (DSKP KSSR) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, DAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6-2015

27/04/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Hilir Perak

Tuan,

MAKLUMAN : PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (DSKP KSSR) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, DAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6-2015

Dengan segala hormatnya, surat  Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (KP(IPG)8686/600/1/1-1 Jld.4 (51) yang bertarikh 6 Mac 2015 adalah berkaitan dan diambil perhatian oleh pihak tuan.

2.    Dimaklumkan Kursus Orientasi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (DSKP KSSR) Tahun 6-2015 Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Pendidikan Muzik akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

    2.1.    Tarikh        : 29 dan 30 April 2015 (Isnin dan Selasa)
    2.2.    Masa        : 8:30 pagi hingga 4:30 petang
    2.3.    Tempat    : Bilik ICT SK Sultan Abdul Aziz
                  (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

                : Dewan Cempaka PPD Hilir Perak Cawangan
                  (Pendidikan Muzik – SJK)

                : Dewan Alamanda PPD Hilir Perak Induk
                  (Pendidikan Muzik – SK)

3.    Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan guru-guru yang berkenaan hadir tanpa gagal sepanjang kursus tersebut dijalankan.

4.    Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) ditalian 012-9849601.

Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN : Borang Tuntutan