20 April 2015

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU-GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 1/SIRI1/2015

20/04/2015
Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah
Daerah Hilir Perak

Tuan,

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI PEMULIHAN BAHASA INGGERIS BAGI GURU-GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 1/SIRI1/2015 DAERAH HILIR PERAK

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru dan Sektor Pengurusan Akademik ,Jabatan Pendidikan  Negeri Perak akan mengadakan kursus di atas seperti ketetapan berikut :
       
Tarikh    : 27 hingga 29 April 2015       
Masa    : 8.00 pagi hingga 4.30 petang       
Tempat    : SK Dato’ Yahya Subban

Kumpulan 1     - Pendaftaran & Tempat Kursus (Bilik Gerakan SK Dato Yahya  Subban
Kumpulan 2    - Pendaftaran & Tempat Kursus (Dewan SK Dato’ Yahya Subban)
Kumpulan 3    - Pendaftaran & Tempat Kursus (Makmal Komputer SK Dato’ Yahya Subban)
                             (SIla rujuk lampiran kumpulan sekolah bersama surat kursus  yang telah diedarkan)

3.    Sehubungan itu,mohon kerjasama tuan untuk memberi pelepasan kepada seorang guru Bahasa Inggeris Tahap 1 dari sekolah tuan hadir ke kursus tersebut.

4.    Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Komlah a/p Perumal di talian 010-4619592. Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
LAMPIRAN : Pembahagian kumpulan