13 April 2015

CETAKAN MAKLUMAT PENDAFTARAN UPSR 2015

Semua Guru Besar,
SK / SJKC / SJKT/ SR AGAMA
Daerah Hilir Perak.

Tuan,

CETAKAN MAKLUMAT PENDAFTARAN UPSR 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pendaftaran UPSR 2015 secara ‘online’ akan dibuka semula bagi tujuan cetakan selama 1 hari sahaja iaitu pada hari Isnin (13/4/2015)

3.     Sehubungan itu, mohon kepada Setiausaha Peperiksaan UPSR sekolah yang masih belum mencetak apa-apa maklumat dalam sistem ini untuk berbuat demikian dan terus menghantar maklumat-maklumat tersebut ke PPD Hilir Perak.

4.    Tuan/Puan diingatkan agar tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk bertindak bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

5.     Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.