9 March 2015

PEMBUDAYAAN VLE DALAM KALANGAN MURID, GURU DAN IBU BAPA

Semua Pengetua Sekolah Menengah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak

Tuan,

PEMBUDAYAAN VLE DALAM KALANGAN MURID, GURU DAN IBU BAPA

Adalah dicadangkan kepada semua sekolah untuk  mengadakan pelan intervensi bagi peningkatan penggunaan VLE dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa antara pelan intervensi peringkat sekolah yang boleh dilaksanakan seperti berikut:

 2.1    Keputusan Ujian 1 (Mac) dimasukkan ke dalam VLE: untuk menggalakkan ibu bapa menggunakan pelantar VLE bagi mengetahui/ mengakses keputusan Ujian 1.

2.2    Menyediakan jadual waktu penggunaan chromebook/netbook yang terancang mengikut kelas/ tahun/ tingkatan, disebabkan kemudahan peralatan tersebut amat terhad di sekolah.

Sila muat turun surat edaran (klik pautan di bawah) dan mohon ambil tindakan selanjutnya.
Terima kasih


MUAT TURUN : Surat Edaran