24 March 2015

MESYUARAT PANITIA PERDAGANGAN DAERAH HILIR PERAK BIL. 1/2015

Pengetua
Sekolah Menengah  Daerah Hilir Perak.
(berkenaan)

Tuan,

MESYUARAT  PANITIA PERDAGANGAN  DAERAH  HILIR PERAK BIL. 1/2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2. Sehubungan dengan itu, Ketua Panitia Perdagangan dari sekolah tuan diminta hadir ke mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh        : 1 April 2015 (Rabu)
Masa        : 2.30 petang
Tempat        : Bilik Penggerak Minda, SMK Seri Kandi, Teluk Intan
Pengerusi    : Pengetua SMK Seri Kandi

3. Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

    3.1 Perutusan
        a. Pengerusi Panitia Daerah
        b. Pegawai Pendidikan Daerah /wakil

    3.2 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang  lalu

    3.3 Perkara-perkara berbangkit dan maklum balas minit mesyuarat yang lepas

    3.4 Pembentangan/Isu/Laporan
        a. Analisis dan post mortem keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014
        b. Head count dan penetapan target SPM 2015         
        c. Perancangan Aktiviti Panitia 2015

    3.5 Hal-hal lain

4. Sila bawa bersama-sama laporan post mortem Mata Pelajaran Perdagangan SPM 2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sharifuddin bin Ali, Penolong PPD Vokasional dan Teknik di talian 019-5422801 atau Pn. Nor Hasidah bt Mohamed Zainon Setiausaha Panitia Perdagangan Daerah di talian 019-4453224

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.