9 March 2015

MESYUARAT JK PANITIA EKONOMI, PENG. PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN TINGKATAN 6 DAERAH HILIR PERAK BIL. 1/2015

Pengetua SMK Sultan Abdul Aziz
Pengetua SMK Seri Perak
Pengetua SMK Horley Methodist
Pengetua SMK St Anthony
Pengetua SMK Sultan Abdullah
PengetuaSMk Khir Johari
Pengetua SMK Tun Abdul Razak

Tuan,

MESYUARAT  JAWATANKUASA PANITIA EKONOMI, PENGAJIAN PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN TINGKATAN 6 DAERAH  HILIR  PERAK BILANGAN 1/2015

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk tindakan tuan.

2.    Sehubungan dengan  itu, Ketua Panitia Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Perakaunan Tingkatan 6 dari sekolah tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut:
           
               Tarikh    : 12 Mac 2015 (Khamis)
                Masa       : 2.30 petang
                Tempat    : Bilik Gerakan SMK Sultan Abdul Aziz
                Pengerusi    : Pengetua SMK Sultan Abdul Aziz
           
3.    Agenda mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
        3.1    Perutusan
        a. Pengerusi Panitia Daerah
        b. Pegawai Pendidikan Daerah /wakil
        3.2    Pembentangan/Isu/Laporan
        a. Analisis dan post mortem keputusan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2014
        b. Pelaporan Aktiviti Panitia Daerah 2014          
        c. Perancangan Aktiviti Panitia 2015

3.3 Hal-hal lain

4.    Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Sharifuddin bin Ali, Penolong PPD Vokasional dan Teknik di talian 019-5422801.

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

MUAT TURUN DI SINI : Analisis STPM 2014